Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayMain stream

REVIEW: Royal Audience: 70 Years, 13 Presidents–One Queen’s Special Relationship with America by David Charter

70 years on the throne. 13 American presidents. One extraordinary queen.

From the moment she first enchanted the world as a youthful princess, Queen Elizabeth II found a unique place in American hearts—and she also played an unprecedented role in forging transatlantic ties. Over her seventy-year reign, she developed extraordinary and varied personal bonds with thirteen U.S. presidents—Truman, Eisenhower, Kennedy, Nixon, Ford, Carter, Reagan, both Bush Sr. and Jr., Clinton, Obama, Trump, and Biden—that other diplomats and leaders could only dream of.

A fascinating, in-depth look at international relations and interpersonal intrigue, Royal Audience peels back the curtain on the “special relationship” between the U.S. and the U.K. as embodied by the Queen herself—charting Elizabeth II’s distinctive brand of one-to-one diplomacy through the eyes of those who experienced it firsthand. From horse-riding with Ronald Reagan, to sharing her recipe for scones with Dwight D. Eisenhower, to striking up a kinship with the Bushes and the Obamas, the Queen’s interactions with her U.S. counterparts often acted as a restorative tonic for relations between two nations, even when political tensions ran high. Not all royal encounters with U.S. presidents went smoothly, though. Between Jackie Kennedy’s complaints about Elizabeth and the Queen Mother’s shock at being kissed on the lips by Jimmy Carter, there was never a dull moment.

Throughout the years, Queen Elizabeth II’s sense of duty and service remained steadfast, and her iconic legacy is unlikely to be repeated.

Review

Looking at the cover and reading the blurb, I went into this book hoping for a bit of “behind the scenes” and maybe little tidbits of historical information from the many meetings between Queen Elizabeth II and the fourteen US presidents she met over the course of her life. I did learn some things but as was often mentioned in the book “what happens at private lunches/teas/dinners/meetings with the Queen, stayed with the Queen.”

I’ll be frank and say that the extensive background on the international events of the day was probably needed – especially in the case of the things that influenced US/UK relations 70 years ago (how up are you on the Suez Canal Crisis of 1955?) – but these were inserted as history lessons and they read as one. After the major UK/US kerfluffles during each presidential term(s) were outlined, there usually followed a tit-for-tat exchange of excruciatingly correct notes and letters that could be studied as an etiquette guide. Only after that stuff did the meetings between the Queen and the presidents get discussed.

Once things got personal and the trips/state visits were delved into, I enjoyed the little glimpses of these relationships. Beginning with President Truman while she was still Princess Elizabeth, including President Hoover long after his term, and continuing through President Biden, the Queen was seemingly wielded as diplomatic “oil on troubled waters.” When the Special Relationship (use that as a drinking game and get drunk quickly) between the US and UK needed work, out would come an invitation from one side or the other and she would be put to work.

Despite the protocol filled meetings, from the information and recollections of those there, her tact, charm, sharp sense of humor, and decades of experience did seem to work a charm. From being on the receiving end of a hug from a woman in Maryland, visiting a US grocery story along with Prince Philip, exchanging views on standing for hours in heels with Michelle Obama, or enjoying private visits to the US where she could “let her hair down” a bit more than was possible in the UK, the Queen rolled with the punches, smiled through summer humidity in DC, and forged relationships with the presidents that they fondly recall.

After I began skimming some of the more recent political events and crises – since I lived through them and already knew them – and then also skipping the note exchanges, I cherry picked out the bits that I came for. Perhaps it’s better that the curtain not be entirely pulled back and some of the mystique remain but there are quick flashes here that give a peek into what made her special and such an unrivaled asset for British relations with the US. B-/C+

~Jayne

AmazonBNKoboBook DepositoryGoogle

Banjir di Terengganu bertambah buruk, 2,903 mangsa berpindah

KUALA TERENGGANU: Seramai 2,903 orang daripada 830 keluarga berada di 54 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di enam daerah, setakat pukul 4 petang ini.

Keadaan banjir gelombang ketigar di Terengganu bertambah buruk apabila.
jumlah mangsa tersebut meningkat berbanding 2,111 orang daripada 612 keluarga pada 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, ketika ini, sebanyak 20 PPS beroperasi di Dungun, 13 di Hulu Terengganu, lapan di Setiu, enam di Besut, enam di Kemaman dan satu di Marang.

“Jumlah mangsa di Dungun meningkat kepada 1,220 orang daripada 319 keluarga berbanding 1,149 orang daripada 299 keluarga sebelum ini.

“Peningkatan mangsa turut berlaku di Hulu Terengganu iaitu 768 orang (257 keluarga) berbanding 393 orang (148 keluarga) pagi tadi,” katanya di sini, petang ini.

Di Kemaman, mangsa bertambah kepada 361 orang (113 keluarga) berbanding 348 mangsa (110 keluarga) manakala di Setiu, jumlahnya bertambah kepada 302 orang (85 keluarga) berbanding 189 orang (48 keluarga) sebelum ini.

Di Besut, mangsa juga meningkat kepada 240 orang (53 keluarga) berbanding hanya 19 mangsa daripada empat keluarga sebelum ini manakala di Marang, jumlahnya kekal tidak berubah iaitu 12 orang daripada tiga keluarga.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air melaporkan paras sungai terus menunjukkan trend menaik dengan 11 stesen bacaan di Terengganu masih melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang ini.

Di Hulu Terengganu, stesen bacaan merekodkan empat sungai telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Berang di Kampung Menerong setinggi 25.33 meter berbanding paras bahaya 24.5 meter, Sungai Peneh di Felda Mengkawang setinggi 38.57 meter (paras bahaya 37.5 meter), Sungai Telemong di Kuala Ping iaitu 19.75 meter (paras bahaya 19.70 meter) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu iaitu 23.27 meter (paras bahaya 21 meter).

Di Dungun pula, stesen Kampung Raja merekodkan bacaan setinggi 38.88 meter di Sungai Dungun (paras bahaya 38.70 meter) dan di Jambatan Jerangau, sungai yang sama setinggi 12.56 meter (paras bahaya 12.50 meter).

Di Setiu, stesen bacaan Sungai Nerus di Kampung Langkap merekodkan bacaan setinggi 21.31 meter berbanding paras bahaya 21 meter manakala Sungai Setiu di Kampung Besut ialah setinggi 18.03 meter (paras bahaya 17.50 meter).

Di Besut, Sungai Besut di Jambatan Keruak merekodkan bacaan 37.68 meter berbanding paras bahaya 35 meter manakala stesen Kampung La, sungai yang sama merekodkan bacaan 24.19 meter (paras bahaya 21.8 meter).

Di Kemaman, Sungai Tebak di Jambatan Tebak, merekodkan bacaan setinggi 18.77 meter (paras bahaya 18.50 meter)

Selain itu empat stesen bacaan di tiga daerah pula telah melepasi paras amaran iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit (Setiu), Sungai Besut di Jambatan Jerteh (Besut), Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri (Setiu) dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan (Marang).

Lima lagi stesen bacaan sungai di dua daerah iaitu Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman pula kini telah melepasi paras berjaga-jaga. – UTUSAN

The post Banjir di Terengganu bertambah buruk, 2,903 mangsa berpindah appeared first on Utusan Malaysia.

Ranhill SAJ terima MBOR, operator air pertama miliki HACCP di semua LRA

JOHOR BAHRU: Syarikat pengendali air, Ranhill SAJ kini memiliki persijilan ‘Hazard Analysis Critical Control Point’ (HACCP) bagi kesemua 44 loji rawatan air (LRA) kendaliannya.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan Ranhill SAJ mencipta sejarah apabila dinobatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai operator air pertama yang memiliki HACCP bagi kesemua LRA di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pensijilan HACCP itu membuktikan proses rawatan air di negeri ini diiktiraf dalam mengawal dan meminimumkan risiko pencemaran air terawat.

“Sijil HACCP ini bukan mudah untuk dimiliki, sebaliknya perlu melalui penilaian kompleks berpandukan kehendak dan pematuhan ‘Good Manufacturing Practices (GMP)’ Piawaian MS 1480, Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan dan Akta Makanan 1983 oleh Kementerian Kesihatan.

“Pensijilan ini juga dapat menambah keyakinan kepada pengguna di negeri ini bahawa air yang dibekalkan adalah benar-benar selamat dan berkualiti tinggi.

“Pencapaian ini mampu menjadi elemen penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Johor kerana kualiti air meyakinkan serta selamat adalah aspek penting dalam pelbagai sektor termasuk perindustrian, penternakan dan pembuatan. Ia sekali gus menambah keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini,” katanya selepas menyaksikan majlis penyampaian sijil pengiktirafan MBOR oleh wakilnya, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Muhamad Faizal Aliar di Hotel Renaissance, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Ranhill Utilities Berhad, Tan Sri Hamdan Mohamed.

Sementara itu, Muhamad Faizal berkata, pengiktirafan itu membuktikan pihaknya komited dalam aspek kesihatan dan keselamatan, khususnya melibatkan bekalan air kepada pengguna.

“Ini adalah anugerah serta pengiktirafan berprestij bagi kami. Pensijilan HACCP ini telah diterima sejak Disember tahun lalu, manakala baki dua daripada 46 LRA dalam proses akhir untuk mendapat pensijilan HACCP.

“Selepas siap kelak, ia merekodkan kesemua 46 LRA di Johor memiliki pensijilan HACCP,” katanya. – UTUSAN

The post Ranhill SAJ terima MBOR, operator air pertama miliki HACCP di semua LRA appeared first on Utusan Malaysia.

Dikepuk padi tinggal habuk

DULU selepas habis musim panen pesawah kembali sibuk bercakap tentang benih padi. Misalnya benih apa menjadi pilihan musim berikutnya. Sama ada mengekalkan Mahsuri dan Malinja atau berubah fikiran mencuba benih lain. Namun kebanyakan pesawah belum berani mencuba. Kebanyakan ragu-ragu, takut dan khuatir. Mereka bimbang hasilnya tidak sebagaimana diharapkan. Justeru kebanyakannya masih selesa memilih dua jenis benih itu sejak berzaman.
Meski ada yang berani mencuba dan memilih padi jenis baru seperti Ria, Murni, Bahagia atau Jaya yang diperkenalkan sejak beberapa musim dulu tetapi bilangan mereka tidak begitu banyak. Boleh dibilang dengan jari. Justeru dari mereka yang telah mencuba itu pesawah lain mendapat sedikit sebanyak maklumat. Misalnya, berapa guni per ekar boleh diperoleh dengan menanam padi baru itu termasuk tarikh matangnya, tinggi pokok, panjang tangkai dan lain-lain. Tidak ketinggalan mereka turut bertanya tentang rasanya. Lebih enak, sama atau kurang berbanding jenis lama. Begitu juga di segi penjagaannya. Apakah jenis baru bajanya juga sama seperti baja urea yang kerap digunakan selama ini atau memerlukan baja tertentu.
Pesawah tidak kurang bijaknya. Mereka akan mencongak dan membuat kira-kira sebelum bertindak melakukan perubahan. Demikian meski setelah mendengar keterangan dari rakan-rakan pesawah yang lebih dulu menanam padi jenis baru itu misalnya, mereka tetap berfikir banyak kali. Mereka tidak tergesa-gesa dan terikut-ikut. Mereka masih berhati-hati meski apa yang didengar lunak di telinga.
Mereka turut mengambil kira beberapa faktor lain yang dapat menentukan hasil diperoleh bertambah atau berkurang. Jika hama perosak seperti tikus, burung, benah dan pelbagai penyakit lain tidak ditangani sewajarnya maka akan menjejaskan hasil. Begitu juga dengan air mencukupi dan kekerapan bajanya. Sedikit sebanyak ia menjadi penentu hasil diperoleh.
Begitu pun semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Ada yang suka ikut suara ramai dan sebaliknya. Sama ada mereka memilih untuk menanam padi jenis baru atau lama tiada sesiapa menghalang dan menegah. Selama ini semua itu belum pernah menjadi masalah dan menyemakkan kepala mereka. Mereka sudah merasa cukup bahagia asalkan pada setiap musim memperoleh hasil.
Dalam tempoh tertentu sementara menunggu air dimasukkan semula, menjadi kebiasaan pesawah melakukan pelbagai kerja. Bagi yang kesuntukan masa mengerjakan semua perkara ketika di sawah dulu, mereka akan kembali melakukannya di rumah. Misalnya, ada menjemur padi supaya tidak cepat lapuk dan tahan lebih lama. Ada juga menganginkan atau menampi semula dengan tujuan memisahkan berbagai kotoran selain hampa padi supaya benar-benar bersih sebelum disimpan di dalam kepuk. Bagi mereka yang ingin menjadikannya beras, padi akan dijemur beberapa kali terlebih dulu hingga benar-benar kering supaya tidak mudah patah atau hancur ketika di mesin.
Walaupun tidak sebanyak padi, pulut biasanya turut ditanam pesawah. Kebiasaan bagi mereka menanam pulut hitam dan putih. Disebabkan tidak banyak, ia ditanam sekadar cukup untuk keperluan sendiri. Pulut hitam enak dimakan bila dibuat bubur bersama santan mentah. Di sawah, selain padi, pulut hitam paling digemari burung pipit kerana isinya ketika masih muda seperti susu cair yang begitu lemak.
Bagi pesawah yang menanam dan menginginkan hasil yang tidak menghampakan, mereka akan mengunakan pelbagai cara bagi menghalau kedatangan kawanan pipit perosak itu. Selalunya mereka memasang ‘orang-orang’, selain membuat bunyi-bunyian yang terdiri daripada tin-tin kosong yang diisi ketulan batu dan digantung pada batang kayu. Ia dihubungkan dengan tali yang panjang dan mudah ditarik dari pondok. Kawanan burung akan terbang bertempiaran bila terdengar bunyinya.
Sementara pulut putih pula begitu lembut dan berbau wangi. Selalunya setelah ditanak ia sedap dimakan dengan kelapa atau ikan masin. Ia turut dibuat wajik.
Kemeriahan tidak ubah seperti pesta menjelma di sawah ketika air mula dibuang atau kian surut. Terpancar kegembiraan para pesawah termasuk sekali penduduk di sekitar kawasan berdekatan. Bagi mereka, waktu itu adalah waktu terbaik meraih rezeki. Air dibuang bermakna air di petak sawah akan dikeringkan sepenuhnya secara beransur-ansur. Ia tidak diperlukan lagi kerana padi telah matang. Warna padi juga secara keseluruhan bertukar keemasan.
Akan kelihatan kanak-kanak, lelaki, perempuan, dewasa, tua dan muda berbondong-bondong sedari pagi menuju ke daerah sawah yang seluas sekira-kira hampir 1,000 ekar itu. Sambil itu mereka membawa pelbagai peralatan seperti jala, sauk, jaring, pongkis, baldi, bakul, mangkuk dan lain-lain bagi menangkap ikan.
Di saliran-saliran kecil, parit, di petak-petak sawah, kolam juga lopak-lopak terdapat pelbagai jenis ikan seperti haruan, keli, sepat, puyu, seluang dan lain-lain yang terperangkap. Bilangannya cukup banyak kerana ikan-ikan telah terdampar di air cetek serta tidak dapat melarikan diri dengan bebas lalu mudah ditangkap. Dari ikan-ikan yang dipungut biasanya ia dijadikan lauk selain dikeringkan untuk dijual.
Suasana yang hampir serupa juga dapat dilihat ketika menjelang musim panen. Namun kali ini kedatangan mereka dengan tujuan lain. Kebanyakan pesawah yang tinggal jauh atau dekat sudah mula berpindah ke sawah. Mereka akan menjadikan pondok sebagai rumah kedua selama berbulan sehingga selesai padi dipetik. Segala keperluan dan peralatan dibawa bersama.
Mereka berbuat demikian supaya dapat melaksanakan pelbagai kerja dengan segera. Mereka tidak boleh berlengah kerana padi-padi yang matang cepat tanggal dari tangkai sementelah lagi bila rebah ditiup angin. Selain itu, memetik padi dengan mengunakan tuai juga memakan masa, lambat serta memenatkan.
Semua padi yang dituai dan dikumpul perlu melalui proses mengilas bagi mengasingkannya dari tangkai. Ia dilakukan dengan memijak-mijak gemal-gemal padi di atas lantai yang agak jarang. Tikar atau plastik disediakan di bawahnya bagi menampung butiran-butiran padi yang gugur.
Era pesawah mengunakan tuai kemudiannya bertukar kepada sabit. Kerja menjadi lebih mudah dan ringkas. Dengan penggunaannya itu sepetak padi dapat dihabiskan dalam masa sehari atau kurang.
Kerja mengilas berganti dengan membanting. Rumpun-rumpun padi yang disabit dengan anggaran setengah depa tangan akan dipukul ke atas tangga kecil yang terdapat di dalam sesebuah tong. Tong biasanya dikepung dengan guni atau kanvas. Setelah tong penuh dan padat berisi, padi akan dimasukan ke dalam guni sebelum dijahit dan diusung ke pondok atau terus dibawa balik ke rumah.
Sawah turut memberi impak tersendiri dikala menikmati makanan. Terasa apapun makanan atau minuman begitu nikmat. Misalnya, sewaktu makan tengah hari meski sekadar berlaukan ikan asin, sambal belacan atau tumis kangkung. Sungguh enaknya tidak terkata. Aroma dari daun pisang atau upih yang kerap dijadikan bungkusan makanan juga sudah membuka selera dan menjadikan hidung kembang kempis.
Suasana di sawah jelas berbeza dengan tempat-tempat lain. Umpamanya terhidang di depan mata pemandangan lautan padi, pohon-pohon kelapa di kejauhan, pondok-pondok juga puputan angin yang kerap. Atau mungkin juga disebabkan pemandangan lain yang menyejukan hati dan menenangkan seperti terdapat kawanan bangau, gerombolan pipit dan tempua, kicauan pelbagai jenis burung lainnya. Atau juga kerana asyik melihat layang-layang terbang tinggi serta mendengar dengung wau yang sayup diangkasa.
“Kau tak mahu mencuba benih baru?” Pak Mior mencetus kesepian. Berdua dengan Pak Leman mereka sedang bersembang di pondok pisang sesikat milik Pak Mior. Atap pondok yang terdiri dari nipah itu kebanyakannya sudah usang dan reput. Sementara lantai dan dinding papannya banyak yang berlubang.
“Menurut Arif di pejabat tu sudah ada beberapa jenis benih baru. Bila-bila masa boleh datang ke sana.” Jelas Pak Mior lagi. Pak Leman memandang tanpa sepatah kata. Dia maklum bekalan benih padi yang diperkatakan itu boleh diperoleh dari pejabat pertanian yang terletak di Kampung Sungai Dalang. Ia boleh dibeli dengan harga berpatutan.
“Aku tak kisah sangat pasal benih tu, Mior. Apa benih pun boleh kita semai dan tanam. Bagi aku yang penting kita dapat hasil bagi menyambung dan menampung seisi keluarga kita dari musim ke musim.” Pak Mior angguk-angguk macam belatuk. Namun pandangannya masih jauh ke tengah sawah yang dipenuhi menerung dan rumput-rumput liar setinggi dada. Musim yang sepatutnya sudah dimulai dengan menajak bagi membersihkan tunggul-tunggul padi dan segala rumput-rumput itu nampaknya tergendala lagi.
“Apa ceritanya sekarang? Tak ada kau dengar berita terbaru?” Tanya Pak Leman lagi.Pak Mior geleng. Rusuh di hatinya bermain semula. “Tidak.”
“Perkara inilah yang paling merisaukan aku melebihi yang lain, Mior.” Suara Pak Leman sedikit meninggi.
“Apa kurangnya aku. Entah bila akan berakhir dan selesai. Aku fikir musim ini melopong lagi kita. Dah masuk dua musim, Man. Bila dah tak dapat bersawah ini mati akal dibuatnya.”
“Ya, segalanya telah diusahakan. Apa yang patut dibuat sudah dibuat. Bertemu wakil rakyat, pegawai pertanian, ketua kampung, penghulu, naik turun pejabat tertentu di bandar. berunding, bermesyuarat semuanya sudah. Apa lagi? Tapi apa hasilnya? Masih juga terbengkalai hingga ke hari ini.” Luah Pak Leman yang betul-betul terkilan dengan projek saliran yang masih tidak berfungsi itu.
Diam tak diam masuk dua musim mereka tidak dapat bersawah. Mana tidak menyirap darah dibuatnya. Beberapa waktu kebelakangan turut terdengar pula bermacam khabar dan bualan mereka ketika bersembang di kedai kopi. Dia cuma memasang telinga. Ada yang didengar hendak menyaman syarikat swasta itu. Ada yang hendak menyaman pihak kerajaan. Ada yang menyalahkan ketua kampung dan mereka bersungguh menyokong projek tersebut. Namun setelah terbengkalai begini masing-masing membisu. Senyap.
“Selama berpuluh tahun kita bersawah belum pernah timbul masalah sebegini. Aku lebih suka dengan sistem yang digunakan dulu. Meski dilihat agak ketinggalan namun tidak pernah mendatangkan masalah kepada kita para pesawah.”
“Memang betul,” sahut Pak Leman.
Kini bekalan air yang sepatutnya mengairi petak-petak sawah tidak dapat berjalan sebagaimana perancangan. Sebaliknya air tersekat di longkang-longkang besar yang dibina mengelilingi keseluruhan tepi sawah. Saliran yang lebih moden itu jelas tidak membawa sebarang perubahan yang gah dicanang malah tambah menyusahkan. Akhirnya pesawah menjadi mangsa. Siapa yang hendak membela?
Sistem digunakan dulu mudah. Air disedut dari Sungai Sabari yang terletak di hujung kampung. Sungai berair coklat yang tidak pernah kering meskipun kemarau itu merupakan sumber utama pengairan. Dengan jentera penyedut sebesar batang kelapa, air sungai yang disedut akan masuk melalui parit yang membawa terus ke pintu kawalan air di kawasan sawah. Melalui pintu kawalan, air yang diperlukan akan terus mengalir hingga ke takah tertentu.
“Bukankah senang kalau ikut cara dulu? Habis saja panen tak sampai beberapa bulan air sudah boleh dimasukkan semula. Kita pun senang memulakan kerja.” Pak Mior memecah keheningan petang yang kian redup.
“Betul. Aku setuju dengan cara dulu. Tak menyusahkan langsung.” Sambil keduanya mula bangkit meninggalkan pondok dan kawasan sawah yang semakin terbiar itu. Entah bila semuanya akan kembali meriah seperti dulu.
Barangkali bukan saja mereka berdua yang merasa gelisah dan susah sebegitu malah hampir ke semua pemilik sawah turut merasainya. Setiba di rumah, setelah menyandarkan basikal di tiang, Pak Mior berjalan longlai ke bawah rumah.
Dibukanya pintu kepuk sebelum menjengukkan kepala. Kelihatan dilantai kepuk sisa-sisa padi yang tinggal dan bergaul dengan habuk. Kepuk yang dulunya sentiasa penuh dari musim ke musim begitu kritikal. Namun Pak Mior masih berharap semuanya pulih seperti dulu. – Mingguan Malaysia

The post Dikepuk padi tinggal habuk appeared first on Utusan Malaysia.

IQOS ILUMA alternatif berhenti merokok

PETALING JAYA: Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) melancarkan peranti terbaharunya yang lebih inovatif sebagai satu daripada usaha berterusan syarikat tersebut membawakan era bebas asap rokok ke negara ini.

Dinamakan IQOS ILUMA, peranti yang dipertingkatkan itu menyediakan alternatif yang lebih baik dan kurang mudarat khusus kepada perokok dewasa sedia ada.

Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan berkata, IQOS ILUMA dibangunkan dengan teknologi terbaharu hasil daripada maklum balas pengguna terhadap produk IQOS terdahulu bagi memberikan kepuasan merokok sebenar.

NAEEM SHAHAB KHAN (kiri) bersama Pengarah Operasi Komersial PMM, Mazlan Jala menunjukkan isyarat bagus sewaktu pelancaran IQOS ILUMA di Petaling Jaya, baru-baru ini.

IQOS ILUMA menggunakan Smartcore Induction System dan Terea Smartcore Stick yang mampu menghasilkan wap tembakau yang konsisten tanpa bau yang kurang menyenangkan dan habuk.

Peranti itu tampil dengan teknologi tanpa bilah supaya ia tidak perlu dibersihkan seperti sebelum ini kerana tiada sisa tembakau akan terhasil.

Kajian menunjukkan IQOS ILUMA mengurangkan sehingga 95 peratus bahan kimia berbahaya berbanding rokok tradisional kerana tiada pembakaran tembakau berlaku.

“Namun, ini tidak bermakna risiko turut berkurangan 95 peratus. IQOS bukanlah peranti bebas risiko,’’ tegasnya.

Naeem berkata, walaupun semakin ramai perokok di Malaysia sudah beralih menggunakan IQOS tetapi peralihan itu agak perlahan berbanding beberapa negara lain seperti Jepun walaupun IQOS sudah berada di pasaran negara ini sejak 2018.

Ketika ini, dianggarkan 27.4 juta pengguna IQOS di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kira-kira 19.7 juta sudah meninggalkan rokok tradisional sepenuhnya.

IQOS ILUMA didatangkan dalam tiga reka bentuk dan warna menawan dan dijual dengan harga bermula dari RM179. Ia boleh dibeli di 23 pusat jualan, kedai-kedai serbaneka di seluruh negara dan juga secara dalam talian.  – UTUSAN

 

The post IQOS ILUMA alternatif berhenti merokok appeared first on Utusan Malaysia.

Belanjawan 2024: Tidak adil hanya GLC dibenarkan pasang solar di bangunan kerajaan

belanjawan 2024

belanjawan 2024

PETALING JAYA: Pengumuman kerajaan yang hanya menawarkan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Gentari dalam pemasangan sistem solar di Putrajaya seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024 disifatkan tidak adil oleh syarikat-syarikat pengendali tenaga boleh baharu (TBB) persendirian.

Menurut mereka, TNB dan Gentari yang merupakan anak syarikat milik penuh Petronas hanya dua entiti daripada ratusan yang menawarkan perkhidmatan sistem solar di negara ini.

Malah menurut sumber industri itu, terdapat syarikat persendirian yang berpengalaman jauh lebih lama dalam industri solar di negara ini berbanding TNB dan Gentar,i termasuk yang mengendalikan ladang solar berkala besar.

Oleh itu, kata mereka, apabila hanya TNB dan Gentari sahaja yang dilibatkan yang menjadikan  Putrajaya sebagai model bandar rendah karbon Malaysia, kerajaan kelihatan tidak berlaku adil kepada syarikat lain.

“Sepatutnya kerajaan mengumumkan tender terbuka kepada semua syarikat terlibat supaya lebih telus dan lebih adi,” kata sumber tersebut.

Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam usaha menjadi Putrajaya sebagai model bandar rendah karbon, kKerajaan akan mula memasang panel solar di atap bangunan kerajaan dengan kerjasama TNB dan Gentari selain pentadbiran Persekutuan juga akan mula menggunakan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi.

Dalam Belanjawan 2024 itu kerajan turut melanjutkan tempoh tawaran program Net Energy Metering (NEM) sehingga 31 Disember 2024 bagi menggalakkan lebih ramai memasang panel di premis kediaman.

Mengenai NEM, sumber itu berkata, bagi menggalakkan pemasangan solar fotovoltaik (PV), kerajaan patut berikan pelepasan cukai kepada pelanggan domestik yang memasang solar di rumah. 

Ini kerana., untuk sektor komersial dan industri, kerajaan melanjutkan insentif fiskal Green Investment Tax Allowance dan Green Investment Tax Exemption hingga tahun 2025.

Selain itu katanya, TNB juga perlu diwajib menyediakan perkhidmatan potongan bayaran pemasangan solar bagi sektor isi rumah seperti mana yang diberikan kepada sektor komersial dan industri. 

“Jadi pelanggan domestik tidak perlu keluarkan kos permulaan yang tinggi. Tapi hanya dengan membayar  kos tenaga solar yang dijana oleh siatem solar selama tempoh 21 tahun. 

“Bagi isi rumah yang mempunyai bil elektrik yang rendah, kerajaan patut membenarkan isi rumah itu untuk menjual tenaga solar kepada pihak ketiga ( jiran) secara konsep peer to peer. “Pada masa sama kerajaan diminta mengkaji semula had kapasiti pemasangan solar sehingga 85 peratus daripada permintaan maksimum kepada tanpa had bagi membolehkan bangunan yang ada bumbung besar dapat memanfaatkan saiz bumbung mereka bagi menjana lebih banyak  kapasiti solar untuk dijual secara akses pihak ketiga,” katanya.

Selain itu katanya, perlu dipermudahkan kelulusan permohonan kuota NEM oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)

Katanya, ketika ini, permohonan kuota dari sektor kerajaan perlu menunjukkan bukti sahih bahawa pemohon adalah agensi kerajaan sehingga menyebabkan tempoh permohonan kuota mengambil masa yang lama melebihi empat minggu.

“Sekarang ini syarat kelulusan kuota NEM sangat ketat. Dan syarat kelulusan permohonan perjanjian pembekalan untuk tenaga boleh baharu yang terlalu ketat oleh TNBX.

“Selain daripada itu, bekalan meter solar TNB yang tidak cukup dan tempoh masa pemasangan juga telah menyebabkan kelewatan untuk mengaktifkan sistem solar yang telah siap dipasang oleh APVSP( Authorised PV Service Provider). Kadangkala mengambil masa sehingga tiga bulan. Ini menyebabkan kerugian kepada pihak pengguna.

“Sehingga kini, TNBX pula enggan meluluskan potongan perjanjian pembekalan TBB sekiranya premis pemohon  adalah premis sewaan. TNBX hanya layan pemilik sebenarnya sebagai pemegang kuota NEM.

“Ketika ini, permohonan kuota dari sektor kerajaan perlu menunjukkan bukti sahih bahawa pemohon adalah agensi kerajaan. Sehingga menyebabkan tempoh permohonan kuota mengambil masa yang lama melebihi empat minggu,” katanya.

Pada masa sama katanya, penyertaan syarikat-syarikat besar seperti TNB dan Petronas dalam kapasiti solar NEM di bawah daripada 500kW perlu dihadkan supaya tidak berlaku penindasan ke atas syarikat kecil yang bertaraf perusahaan kecil dan sederhana (PMKS).

“Selain itu kerajaan diminta menyediakan dana mudah cara 15 peratus daripada kos pembangunan projek solar kepada syarikat bumiputra. Jika tiada, syarikat PMKS akan terus menjadi tukang pasang panel solar sahaja sampai bila bila.

“Untuk itu kerajaan perlu umumkan dengan jelas dasar dan garis panduan bagi peer to peer, akses pihak ketiga dan bateri pengstoran tenaga bagi kegunaan sendiri,” katanya.

Pihak industri juga memohon agar Green Tech Financing Scheme yang asal di mana kerajaan menyediakan skim jaminan kredit oleh CGC yang memberikan jaminan 60 peratus atas pinjaman dan dua peratus diskaun keatas kadar faedah pinjaman dikembalikan. 

Skim ini jauh lebih baik dari skim yang melibatkan Dana Jamin sementara skim baru yang melibatkan SJPP masih lagi samar-samar. – UTUSAN

The post Belanjawan 2024: Tidak adil hanya GLC dibenarkan pasang solar di bangunan kerajaan appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌