Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayMain stream

Isu Musang King: Semua pihak perlu hormati keputusan mahkamah – Sultan Pahang

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua pihak agar menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang sebelum ini. Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan berkenaan permohonan semakan… ... Read more

The post Isu Musang King: Semua pihak perlu hormati keputusan mahkamah – Sultan Pahang appeared first on Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Gua Musang kekal sokong Kerajaan Kelantan di DUN

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang Mohd. Azizi Abu Naim hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kekal.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Neggiri berkata, setakat ini tiada sebarang keputusan berkait perkara itu diambil termasuklah permohonan mengubah kedudukan di DUN Kelantan.

Menurutnya, bagaimanapun dia masih menunggu keputusan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkait dengan keputusannya sebelum ini menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat pusat.

“Saya masih belum dipanggil oleh jawatankuasa disiplin parti. Cuma pertemuan secara peribadi sahaja bersama Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Setiausaha Agung (Datuk Seri Hamzah Zainuddin).

“Untuk makluman, kenyataan yang dibuat sebelum ini iaitu menyokong Perdana Menteri hanya melibatkan peringkat persekutuan dan bukan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohd. Azizi memberitahu, sepanjang persidangan beliau tidak membangkitkan perkara-perkara yang bercanggah dengan kerajaan negeri.

Katanya, beliau menghormati tindakan kerajaan negeri yang memberi ruang kepadanya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Penerima dari rakan-rakan Alhamdulillah baik,” ujarnya.

Utusan Online 7 November lalu melaporkan, Mohd. Aziz secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa hari ini.

Sokongan terbuka itu dinyatakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman sosial rasminya sebentar tadi.

Mohd. Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

“Perkara tersebut sebagaimana yang di pohon mohon untuk dilaksanakan di Parlimen saya (Gua Musang) dalam tempoh penggal perkhidmatan.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada inisiatif-inisiatif kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.-UTUSAN

 

 

The post Ahli Parlimen Gua Musang kekal sokong Kerajaan Kelantan di DUN appeared first on Utusan Malaysia.

Perhilitan Kelantan siasat lelaki warga Indonesia maut dibaham harimau

GUA MUSANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan menjalankan siasatan berkait seorang lelaki warga Indonesia yang maut dipercayai diserang harimau belang dalam kejadian di sebuah ladang di Kampung Meranto di sini, semalam.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, siasatan di lokasi itu bertujuan mencari bukti untuk menentukan sebab dan punca kematian sebenar.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat berkait kejadian itu pada pukul 10 pagi semalam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, sepasukan anggota bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah bergerak ke lokasi kejadian.

“Jarak antara bandar Gua Musang dengan kawasan ladang berkenaan lebih kurang 55 kilometer dan mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk sampai ke lokasi serta  bergantung kepada keadaan cuaca. 

“Akses masuk ke kawasan itu hanya boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan ladang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, sebelum ini satu kes kecederaan dan dua kematian Orang Asli akibat diserang harimau belang telah direkodkan di Kelantan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak melakukan provokasi. 

“Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar perlu disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” ujarnya.

Utusan Online hari ini melaporkan, seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukria, ditemukan oleh seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan tersebut.-UTUSAN

The post Perhilitan Kelantan siasat lelaki warga Indonesia maut dibaham harimau appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌