Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayMain stream

Tiada pengeluaran nadir bumi oksida secara haram di Hutan Simpan Lipis

KUANTAN: Kerajaan negeri menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di Lipis seperti dinyatakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lee Chuan How pada sidang Dewan Rakyat, semalam. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan… ... Read more

The post Tiada pengeluaran nadir bumi oksida secara haram di Hutan Simpan Lipis appeared first on Utusan Malaysia.

Polis kesan suspek curi telefon bimbit

 

BALIK PULAU: Polis sedang mengesan seorang suspek yang disyaki mencuri telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Bayan Baru, di sini yang video kejadian itu tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, video tular mengenai kejadian suspek mencuri telefon bimbit itu dikesan pukul 9 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian curi tersebut berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari pada Selasa lalu.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian curi telefon bimbit itu dan usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang individu dipercayai lelaki yang menunggang sebuah motosikal berhenti di kawasan stesen minyak.

Suspek kemudian dilihat turun dari motosikal dan mencuri sebuah telefon bimbit di situ.

Menurut Kamarul Rizal, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Fairus Afendi di talian 013-6795259 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – UTUSAN

The post Polis kesan suspek curi telefon bimbit appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌