Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayMain stream

Kasino: Beberapa lagi individu akan dipanggil – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Beberapa lagi individu akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penerbitan artikel mengenai rancangan pembangunan kasino di Forest City, Johor. Setakat hari ini, seorang ketua pengarang sebuah portal berbahasa Inggeris tempatan sudah dipanggil bagi dirakam percakapannya berhubung penerbitan artikel tersebut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merakam percakapan ketua pengarang portal… ... Read more

The post Kasino: Beberapa lagi individu akan dipanggil – Ketua Polis Negara appeared first on Utusan Malaysia.

Amaran kepada pegawai polis sembunyikan kegiatan rasuah

Pada 21 Oktober 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan terdapat dikalangan pegawai polis mengetahui kegiatan rasuah yang berlaku dalam pasukan mereka tetapi enggan bertindak menghapuskannya walaupun mereka berkuasa berbuat demikian, tegas Tun Hanif Omar.

Ketua Polis Negara berkata, pegawai-pegawai polis itu sudah berpuas hati bila mereka sendiri bersih dan tidak terlibat dengan rasuah hingga mereka tidak mahu mengambil berat untuk menghapuskannya.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Oktober 1974Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM510,000 bagi membina sebuah pusat memelihara ikan dan udang dalam air tawar di Gelang Patah, Johor.
  • 21 Oktober 1975Kaum wanita di Malaysia dipandang tinggi oleh kaum wanita di negara-negara lain di seluruh dunia kerana berjaya memberi sumbangan berharga terhadap kepentingan negara.
  • 21 Oktober 1977Naib Presiden Iraq, Taha Muhyiddin Maarouf yang sedang melakukan lawatan ke Malaysia hari ini menyumbang sebanyak RM242,000 kepada tiga buah yayasan Islam di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Amaran kepada pegawai polis sembunyikan kegiatan rasuah appeared first on Utusan Malaysia.

PDRM cadang gaji Konstabel selaras gaji minimum RM1,500

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) sebanyak RM1,441 diselaraskan dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, cadangan berkenaan mengambil kira peningkatan kos sara hidup khususnya bagi anggota pangkat rendah.

“Buat masa ini, bagi anggota berpangkat Konstabel (yang baharu menamatkan latihan), apabila mereka keluar gajinya hanya RM1,441.

“Jadi, dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan oleh kerajaan, kita mohon supaya penyelarasan turut dilakukan melibatkan gaji anggota yang baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Wildlife Crime Bureu/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali; Timbalan Pengarah (KDNKA) WCB/PSK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Azlin Sadari dan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Mengulas lanjut Razarudin berkata, bagi meningkatkan tahap integriti pasukan, pihaknya turut mencadangkan kenaikan 30 peratus daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) atau pemberian satu KGT secara ‘one off’.

Katanya, cadangan itu membabitkan semua peringkat skim di PDRM iaitu Skim perkhidmatan Pegawai Kanan Polis, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli serta Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan.

“Ini antara perkara yang kita cadangkan selain kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) yang diterima pegawai dan anggota berbeza mengikut kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar,” katanya.

Razarudin pada Julai lalu dilaporkan berkata, gaji dan keperluan anggota polis akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.

Beliau berkata, gaji yang diperoleh anggota berpangkat rendah adalah kecil dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar. – UTUSAN

 

The post PDRM cadang gaji Konstabel selaras gaji minimum RM1,500 appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌