Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayMain stream

Lawrence angkat sumpah PM Singapura bersama 14 menteri Kabinet 

SINGAPURA: Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura malam ini, menandakan peralihan kepemimpinan pertama negara itu dalam tempoh 20 tahun. Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Singapura. Lawrence, 51, mengambil alih tampuk pemerintahan… ... Read more

The post Lawrence angkat sumpah PM Singapura bersama 14 menteri Kabinet  appeared first on Utusan Malaysia.

PDI-P tolak rancangan Kabinet besar Prabowo

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menentang sebarang langkah pentadbiran bakal Presiden, Prabowo Subianto untuk membentuk Kabinet yang lebih besar dengan kementerian negeri baharu. Setiausaha Agung PDI-P, Hasto Kristiyanto berkata, parti itu akan membantah sebarang rancangan untuk meminta Parlimen meminda undang-undang berhubung bilangan maksimum kementerian yang boleh dibentuk oleh setiap kerajaan Indonesia. “Matlamat penubuhan setiap… ... Read more

The post PDI-P tolak rancangan Kabinet besar Prabowo appeared first on Utusan Malaysia.

Penghuni rumah pangsa di Singapura dibenarkan pelihara kucing, tanam mikrocip

SINGAPURA: Satu rangka kerja baharu yang membenarkan mereka yang tinggal di rumah pangsa Lembaga Perumahan Singapura (HDB) untuk memelihara kucing akan berkuat kuasa September ini. Malah, terdapat tempoh peralihan selama dua tahun untuk pemilik kucing meme­nuhi keperluan pelesenan dan menanam mikrocip pada haiwan peliharaan mereka. Rangka Kerja Pengurusan Kucing di bawah Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar… ... Read more

The post Penghuni rumah pangsa di Singapura dibenarkan pelihara kucing, tanam mikrocip appeared first on Utusan Malaysia.

Letusan Gunung Ruang: 12,000 penduduk dipindahkan, potensi tsunami 

JAKARTA: Gunung Ruang di Indonesia meletus memuntahkan lahar mendorong pihak berkuasa menaikkan status berjaga-jaga dan memindahkan lebih 12,000 orang yang tinggal di pulau berdekatan. Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) memberi amaran kepada penduduk Pulau Tagulandang bahawa tsunami boleh dicetuskan oleh bahan gunung berapi yang runtuh ke lautan. Amaran itu yang dikeluarkan pada pagi ... Read more

The post Letusan Gunung Ruang: 12,000 penduduk dipindahkan, potensi tsunami  appeared first on Utusan Malaysia.

Wanita Singapura maut ditikam 30 kali di Sepanyol beli polisi insurans dari suspek 

SINGAPURA: Wanita Singapura yang dibunuh di Sepanyol, Audrey Fang,  lebih dua minggu lalu dilaporkan membeli polisi insurans daripada suspek pembunuhnya pada 2015. Perkara itu didedahkan keluarganya semalam. Mereka sedang memeriksa barang-barangnya apabila mereka terjumpa dua polisi berkaitan insurans daripada syarikat insurans, AIA, kata sepupunya yang hanya mahu dikenali sebagai See. Polisi itu dijual oleh seorang… ... Read more

The post Wanita Singapura maut ditikam 30 kali di Sepanyol beli polisi insurans dari suspek  appeared first on Utusan Malaysia.

Prabowo ajak penyokong bersatu, berterima kasih kepada pengundi muda

JAKARTA: Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengajak semua penyokongnya bersatu dan tidak terlalu teruja selepas hasil tinjauan pantas pada Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 kelmarin menunjukkan beliau mendahului dan berkemungkinan menang tanpa perlu melalui pusingan penentuan.  Pidato politik Prabowo disampaikan di hadapan penyokong dan sukarelawan di Istora Senayan, Jakarta Pusat ditemani calon Naib Presiden, Gibran… ... Read more

The post Prabowo ajak penyokong bersatu, berterima kasih kepada pengundi muda appeared first on Utusan Malaysia.

Jokowi ucap tahniah kepada Prabowo, pasaran saham Indonesia melonjak

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan bekas komander pasukan khas itu memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) semalam. Gandingan Prabowo yang juga anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka dijangka menjadi naib presiden termuda dalam sejarah Indonesia. Lewat malam tadi, Prabowo, 72, mengisytiharkan ‘kemenangan bagi… ... Read more

The post Jokowi ucap tahniah kepada Prabowo, pasaran saham Indonesia melonjak appeared first on Utusan Malaysia.

Pemilu 2024: Pasukan kempen Prabowo, Gibran syaki penipuan undi di Malaysia

JAKARTA: Pasukan kempen gandingan calon Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming mengesyaki kemungkinan berlaku kepincangan pada Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 yang akan diadakan minggu depan.  Lapor Detik News, kepincangan itu didakwa membabitkan penipuan dalam sistem pengundian yang berpotensi berlaku di Pusat Mengundi Luar Negara (TPSLN) di Malaysia yang melibatkan Jawatankuasa Pilihan Raya Luar Negara (PPLN)… ... Read more

The post Pemilu 2024: Pasukan kempen Prabowo, Gibran syaki penipuan undi di Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Prabowo janji hantar 10,000 pelajar Indonesia belajar perubatan di luar negara

JAKARTA: Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan pihaknya akan menghantar 10,000 pelajar tempatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.  Menteri Pertahanan itu berkata demikian berkaitan fokusnya mengenai isu kekurangan doktor di Indonesia. Lapor Detik News, Prabowo berkata, pihaknya akan membina hospital moden di setiap daerah dan bandar serta pusat kesihatan penduduk di…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

The post Prabowo janji hantar 10,000 pelajar Indonesia belajar perubatan di luar negara appeared first on Utusan Malaysia.

AI jejas kempen calon Pemilu 2024

JAKARTA: Kecerdasan buatan (AI) dilihat menjadi senjata berbahaya dan banyak disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk tujuan politik hingga menjejaskan kempen pilihan raya Presiden dan Parlimen Indonesia yang bakal berlangsung minggu depan. Saiz pasaran global yang berkembang pesat serta popularitinya menyebabkan calon Pilihan Raya Indonesia (Pemilu) 2024 turut menyelami dunia AI. Mereka termasuk pasukan kempen calon…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

The post AI jejas kempen calon Pemilu 2024 appeared first on Utusan Malaysia.

Mahfud MD sindir undang-undang  Indonesia memihak ‘anak orang penting’

LAMPUNG: Calon naib presiden Indonesia, Mahfud MD mempersendakan undang-undang di Indonesia yang disifatkannya hanya memihak kepada ‘anak-anak orang penting’

Mahfud berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pelajar mengenai langkah konkrit yang akan diambil olehnya untuk mengatasi ketidaksamaan undang-undang dalam sebuah acara diskusi kelmarin.

Mahfud berkata, undang-undang di negara itu masih tumpul dan memihak kepada kalangan individu tertentu di negara itu termasuk anak-anak dan saudara mara mereka.

“Apa maksudnya? Lawan orang penting, lawan anak orang penting, isteri orang penting, orang ada duit, orang bergolongan, undang-undang selalunya tidak berkesan. 

“Justeru kita akan mulakan dengan puncanya. Sebab jika undang-undang tumpul ke atas, selalunya pegawai penguatkuasa undang-undang.

“Yang tajamnya, orang kecil selalunya tidak mendapat perlindungan,” katanya.

Mahfud turut menyentuh isu pertikaian tanah yang tidak pernah berakhir selama bertahun-tahun di negara itu yang akan menjadi salah satu keutamaannya jika memenangi pilihan raya.

“Ada penduduk yang tinggal di satu tempat, tidak pernah menjual tanah, tiba-tiba tanah itu dimiliki orang lain dengan sijil rasmi.

“Jadi rakyat tidak terbela. Kalau mengadu akan dihalau, mereka kata ini bukan tanah kamu, walaupun mereka mewarisinya daripada nenek moyang mereka,” katanya.

The post Mahfud MD sindir undang-undang  Indonesia memihak ‘anak orang penting’ appeared first on Utusan Malaysia.

Megawati larang menteri PDI-P letak jawatan

JAKARTA: Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri dikatakan menolak permintaan anggotanya yang bergelar menteri untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet Indonesia Maju. 

Menurut Setiausaha Agung PDI-P, Hasto Kristiyanto, Megawati menolak cadangan itu kerana menganggap tindakan tersebut boleh mencetuskan kemelut politik.

“Ada seorang menteri yang meminta nasihat hala tuju Megawati berhubung situasi politik, tetapi beliau terus memberikan garis dasar bahawa kepentingan rakyat, bangsa dan negara mesti diutamakan,” kata Hasto dipetik Kompas.com. 

Menurut Hasto, sebilangan wakil parti itu dalam Kabinet dikatakan bersedia meletakkan jawatan akibat keadaan politik yang kurang memberangsangkan terutamanya selepas anak kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi), Gibran Rakabuming Raka menjadi calon Naib Presiden bersama calon Presiden, Prabowo Subianto. 

Malah, keputusan Mahkamah Perlembagaan berhubung peraturan asas had umur calon presiden dan naib presiden yang membuka laluan kepada Gibran untuk menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 dianggap kontroversi.

“Walaupun ada yang mengatakan kami bersedia untuk angkat kaki, bagi Megawati, kestabilan kerajaan adalah sangat penting.

“Kerana memikirkan rakyat dan Pemilu itu hanya lima tahun sekali. Menteri bertanggungjawab kepada rakyat, kepada bangsa dan negeri sebagai pembantu kepada Presiden. Kepentingan rakyat akan diutamakan,” jelasnya lagi.

Menurut Hasto, pada masa ini apa yang perlu diberi perhatian ialah usaha meningkatkan kualiti Pemilu supaya berpegang kepada prinsip langsung, umum, bebas, rahsia, jujur ​​dan adil.

Menurut Hasto, jika ditinjau sejarah seperti yang berlaku pada penghujung pemerintahan Presiden Soeharto, sebilangan menteri memutuskan untuk meletakkan jawatan dalam kabinet yang akhirnya mencetuskan kejutan politik.

“Kalau ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan dalam pergolakan politik bagaimana? 

“Ini bukan sekadar cita-cita individu. Jika cita-cita kuasa itu mudah dengan melanjutkan tempoh penggal presiden, PDI-P akan mendapat manfaat, tetapi apa yang perlu dilakukan ialah melindungi perlembagaan, demokrasi dan kedaulatan rakyat,” tegasnya.

The post Megawati larang menteri PDI-P letak jawatan appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌