Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayMain stream

Malaysia rangka Pelan Strategik Semikonduktor pacu pertumbuhan

PETALING JAYA: Satu Pelan Strategik Semikonduktor akan dirangka secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan itu  bakal meliputi pakej insentif lebih menarik bagi mempertingkatkan kemasukan pelaburan strategik dalam semikonduktor berteknologi tinggi khususnya bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti front-end dalam… ... Read more

The post Malaysia rangka Pelan Strategik Semikonduktor pacu pertumbuhan appeared first on Utusan Malaysia.

Percayalah sepanjang di Jerman lima hari, kedai pun saya tak pergi – Anwar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakannya mengadakan lawatan ke luar negara adalah untuk membawa masuk pelaburan lebih tinggi demi mengangkat semula ekonomi dan martabat negara. Dalam hal itu, Perdana Menteri menyatakan kekesalan apabila ada beberapa pihak yang mengkritik usaha itu seolah-olah beliau dan pemimpin negara bersenang-lenang bercuti ke luar negara dengan menggunakan kemudahan kerajaan.… ... Read more

The post Percayalah sepanjang di Jerman lima hari, kedai pun saya tak pergi – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Ekonomi negara diyakini kukuh 4 hingga 5 peratus tahun ini – PM

PUTRAJAYA: Kerajaan yakin negara dapat mencapai pertumbuhan ekonomi lebih kukuh antara 4 hingga 5 peratus pada tahun ini. Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 3.7 peratus pada 2023, selepas berkembang sebanyak 3.0 peratus pada suku keempat tahun lepas, disokong oleh aktiviti ekonomi dan keadaan pasaran pekerja yang terus pulih. Pertumbuhan sederhana dalam… ... Read more

The post Ekonomi negara diyakini kukuh 4 hingga 5 peratus tahun ini – PM appeared first on Utusan Malaysia.

RM1 juta untuk projek imarahkan Masjid Jamek Tengah Berapit  – PM

BUKIT MERTAJAM : Perdana Menteri hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membolehkan Masjid Jamek Tengah Berapit, di sini memulakan projek-projek kecil termasuk untuk  maahad tahfiz serta kariah masjid itu dalam usaha mengimarahkan masjid berkenaan. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam hal ini, beliau telah meminta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk menyegerakan penyediaan surat… ... Read more

The post RM1 juta untuk projek imarahkan Masjid Jamek Tengah Berapit  – PM appeared first on Utusan Malaysia.

PM persoal pihak pertikai usaha kerajaan buat penyelarasan tarif elektrik

BUKIT MERTAJAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan pihak yang sering mempertikaikan usaha kerajaan termasuk dalam membuat penyelarasan kadar tarif elektrik kepada orang kaya dan warga asing. Kata beliau, penyelarasan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memberikan subsidi bersasar. “Yang naik 15 peratus itu untuk orang… ... Read more

The post PM persoal pihak pertikai usaha kerajaan buat penyelarasan tarif elektrik appeared first on Utusan Malaysia.

Larang kapal Israel masuk mungkin beri kesan perdagangan

TANJUNG MALIM: Malaysia mungkin mengalami kerugian perdagangan berikutan keputusan mengharamkan syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM (ZIMIntegrated Shipping Services Ltd) dan mana-mana kapal yang menaikkan bendera Zionis daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun kesan dari segi perdagangan negara adalah terkawal.

“Berhubung tindakan kita mengharamkan kapal Israel masuk ke negara ini mungkin ada risiko dalam soal perdagangan.

“Saya sudah bincang dengan Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) dan Tengku Zafrul (Menteri Perdagangan Antarabangsa) dan mereka kata setakat ini kita masih boleh kawal, mungkin kita rugi sedikit sebab kapal tak masuk.

“Tetapi ini dia adalah prinsip kemanusiaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Dialog Mahasiswa Temui Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini. – UTUSAN

The post Larang kapal Israel masuk mungkin beri kesan perdagangan appeared first on Utusan Malaysia.

PM umum insentif sempadan, pengecualian visa untuk negara tertentu

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa penambahbaikan dengan dua negara jiran selain beberapa negara di rantau tertentu.

Antaranya pengecualian visa selama 30 hari untuk pelawat dari China dan India selain negara-negara rantau Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan mulai 1 Disember depan.

Walau bagaimanapun beliau memberi jamian bahawa ada tapisan keselamatan untuk pelancong itu agar tiada kebocoran kemasukan melibatkan penjenayah dan pengganas.

“Langkah ini bakal beri lonjak hubungan kerjasama strategik,” katanya yang juga Presiden PKR ketika berucap pada penggulungan Kongres Nasional Tahunan Ke-17 parti itu di sini.

Inisiatif berkenaan tegasnya, selaras ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dengan China dan negara-negara sahabat di Timur Tengah untuk datang bercuti di Malaysia.

Terdahulu, beliau juga mengumumkan hubungan dengan Singapura dipertingkatkan lagi malah sentimen prasangka isu lama yang pernah berlaku sebelum ini akan dibenamkan.

Justeru, menteri bagi hal ehwal ekonomi kedua-dua negara ujar beliau, akan meneroka kerjasama lebih pesat terutama projek zon ekonomi di sempadan yang bakal diwujudkan.

Beliau menambah Kerajaan Perpaduan mengambil sikap positif dan menerima perakuan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berhubung beberapa isu panas selama ini.

Ia termasuk kemelut harga bekalan air mentah yang dianggap berat sebelah, masalah ruang udara dan pertikaian sempadan maritim antara kedua-dua negara berjiran tersebut.

Sementara itu, Anwar juga mengumumkan pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin di bandar sempadan Sadao dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

“Esok saya akan ke sana dan kami berharap urusan perjalanan dua hala akan lebih baik dan cekap, sekali gus menggalakkan pelancongan wilayah bersempadan di situ,” katanya.

Beliau membayangkan akan berlaku lonjakan tempias ekonomi di negeri-negeri wilayah utara Semenanjung dan wilayah selatan Thailand yang akan memanfaatkan penduduk.

Pada masa sama, Anwar berharap, usaha berkenaan diharap dapat memberi kestabilan politik dan perdamaian berterusan di situ yang masih ketinggalan dari segi pembangunan.

Di samping itu, kemudahan prasarana lapangan terbang di Alor Setar, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Senai akan ditingkatkan untuk menarik ramai pelawat antarabangsa datang. – UTUSAN

The post PM umum insentif sempadan, pengecualian visa untuk negara tertentu appeared first on Utusan Malaysia.

Kesihatan Ahmad Zahid bertambah baik – Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tahap kesihatan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini bertambah baik dan bakal kembali bertugas tidak lama lagi.

Anwar berkata, beliau berkesempatan menziarahi Ahmad Zahid di kediamannya sebelum hadir pada majlis perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Putrajaya 2023 di sini, hari ini.

“Saya ingin menyampaikan salam daripada Ahmad Zahid yang sekarang Alhamdulillah telah bertambah sihat.

“Kalau ikutkan dia nak datang, tetapi saya bagi arahan tak boleh hadir sebab dia perlu masa untuk berehat sedikit,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memuat naik menerusi hantaran di aplikasi X mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sudi hadir ziarah sebelum ke karnival itu.

“Insya-Allah, tidak sabar untuk kembali bertugas, kembali memberikan yang terbaik untuk menjalankan amanah yang ditaklifkan.

“Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara,” katanya. – UTUSAN

 

The post Kesihatan Ahmad Zahid bertambah baik – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Skim gaji baharu penjawat awam diumum akhir tahun depan – PM

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSP) yang baharu bagi penjawat awam selewat-lewatnya akhir tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, garis panduan mengenai pelaksanaan skim baharu itu akan dikeluarkan awal tahun depan.

“Kita akan keluarkan beberapa garis panduan awal tahun depan supaya sebelum akhir tahun 2024 kita boleh umumkan skim gaji baharu itu.

“Saya akui dasar kita selama ini ada kajian penyelarasan gaji bagi setiap 10 tahun dan ketika ini, skim lama sudah masuk tahun ke-12.

“Sebelum ini tidak ada kajian menyeluruh tetapi sekarang saya telah umum dan akan lakukan kerana ini akan mengambil masa memandangkan ia melibatkan semua jabatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023, di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Madani di bawah pimpinannya mempunyai dasar jelas untuk mengangkat tahap ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekurang-kurangnya dalam tempoh empat tahun ini sebelum pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Anwar mengarahkan supaya Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSP) disiapkan pertengahan tahun depan untuk memastikan struktur gaji baharu kepada penjawat awam dapat diumumkan dalam belanjawan akan datang.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini, kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal Kajian SSP RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Kerajaan turut memberikan RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.

Bayaran insentif RM1,000 turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen yang akan diberikan pada akhir Februari 2024. – UTUSAN

The post Skim gaji baharu penjawat awam diumum akhir tahun depan – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Kerajaan pertimbang beri bantuan tunai bulanan – PM

PUTRAJAYA: Bantuan tunai khas secara bulanan akan dipertimbangkan kepada isi rumah miskin tegar yang tidak berkemampuan menyertai aktiviti menjana pendapatan atas faktor umur atau kesihatan.

Perkara itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar.

Menurut beliau, pemberian bantuan itu demi melepasi pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan bagi golongan itu.

Beliau berkata, semua agensi dan kementerian diminta menyemak dan mengemas kini data untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin tegar yang telah dibantu dan menjana pendapatan di bawah PGK makanan dalam tahun ini.

“Semua agensi perlu mengenal pasti isi rumah yang boleh menyertai program dalam tempoh berbaki tiga bulan dan diserapkan di dalam program-program yang ditawarkan mengikut kesesuaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha dan program-program dalam usaha membasmi miskin tegar antaranya program terkait bantuan tunai bulanan, naik taraf kediaman dan pemberian modal perniagaan.

Jelasnya, ini termasuk latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan dan usaha-usaha ini telah pun dilaksanakan pelbagai kementerian dan agensi dalam usaha menarik keluar rakyat dari belengu miskin tegar.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, perkembangan mata wang ringgit dijangka tidak akan menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara.

Jelasnya, prestasi ringgit dan mata wang serantau lain terus didorong oleh faktor luaran, terutamanya jangkaan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama dan faktor geopolitik.

Menurut beliau, usaha kerajaan terhadap pembaharuan struktur, termasuk inisiatif menerusi Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga akan memperkukuhkan daya saing Malaysia.

“Ini akan meningkatkan daya tarikan negara terhadap pelabur asing, seterusnya membantu pengukuhan nilai ringgit secara lebih mampan.

“Bank Negara Malaysia komited dalam usaha membendung kemeruapan yang berlebihan bagi memastikan pasaran pertukaran ringgit kekal teratur,” katanya.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat turut meneliti dan mendapati bahawa perbelanjaan pembangunan sebenar semakin mengecil secara relatif setiap tahun, walaupun belanjawan menunjukkan peningkatan besar.

Katanya, hal ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, beliau memberitahu, pelaksanaan projek pembangunan yang bermasalah dan mengalami kelewatan pelaksanaan menyebabkan peningkatan kos dan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.

“Turut didapati penentuan spesifikasi dan penilaian kos projek-projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sukar dilakukan dengan berkesan, dan proses semakan kos adalah sukar tanpa satu piawai anggaran kos.

“Ini boleh menyebabkan pertindihan kerja yang berulang dan kenaikan kos projek ICT,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melaksanakan tindakan segera untuk menambah baik proses-proses dalam pelaksanaan projek perbelanjaan pembangunan seperti pembentukan pasukan rentas kementerian untuk menyemak dan menyediakan kerangka penambahbaikan untuk diluluskan secara bersepadu.

Ini melibatkan Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan jabatan-jabatan berkaitan.

Katanya, antara tindakan lain ialah keputusan dasar ke arah desentralisasi dan pemberdayaan pelaksanaan projek dan kawalan peruntukan kepada agensi pelaksana yang diimbangi dengan tadbir urus ketat.

“Keputusan dasar ke arah pemusatan (sentralisasi) pelaksanaan projek ICT dan penentuan spesifikasi atau kos di MAMPU untuk mengawal kos ICT dan sebagai persediaan ke arah GovTech,” katanya. – UTUSAN

The post Kerajaan pertimbang beri bantuan tunai bulanan – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Dua Ahli Parlimen Bersatu tidak pernah runding mahu sokong saya – Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menafikan dua Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah berunding dengannya bagi menyokong Kerajaan Perpaduan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman juga tidak pernah berunding dengan mana-mana jemaah menteri berhubung keputusan mereka itu.

“Kenyataan (menyokong) dari (Ahli Parlimen) Kuala Kangsar dan Labuan itu tidak dirunding dengan saya atau mana-mana menteri.

“Kalau mahu penjelasan, tanya kepada Kuala Kangsar dan Labuan. Tentu saya mengalu-alukan (sokongan) kerana kematangan dan kebijaksanaan mereka,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mencelah penggulungan Anwar mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen kerana beliau sudah bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk berbincang.

Syed Saddiq membangkitkan persoalan jika ada prosedur operasi standard (SOP) yang jelas berhubung perkara itu.

“Adakah rundingan mencukupi? Atau seperti apa yang dibincang sejak seminggu dua yang lepas iaitu perlu ada kenyataan media dikeluarkan (sebagai) contoh oleh dua Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

“Perkara ini penting supaya Ahli Parlimen tahu apa yang mereka perlu lakukan untuk mendapat peruntukan,” katanya.

Suhaili baru-baru ini mengumumkan sokongan kepada Anwar dan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesemua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan elektrik di sana.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Parlimen Bersatu.

Suhaili merupakan wakil rakyat kedua daripada Bersatu yang menyokong kepimpinan Anwar selepas Iskandar Dzulkarnain memulakan langkah melawan arus prinsip parti, 12 Oktober lalu.

Tegasnya, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan atau mengkhianati Bersatu biarpun keputusan itu bakal menyebabkannya berdepan risiko dikenakan tindakan disiplin oleh parti.

Untuk rekod, Anwar tidak membuat sebarang kenyataan umum meletakkan syarat ahli Parlimen pembangkang yang pada masa ini tidak mendapat peruntukan Persekutuan untuk memberi perkhidmatan kepada pengundi mereka bagi menyokong dasar kerajaan bagi mendapat peruntukan itu.

Sebaliknya, Anwar dan ahli Parlimen kerajaan yang lain telah berkali-kali memberitahu ahli Parlimen pembangkang untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk mendapatkan peruntukan yang sama dan memberi jaminan bahawa kerajaan terbuka kepada perbincangan sedemikian.

13 Oktober lalu, Perikatan Nasional (PN) mendakwa Iskandar Dzulkarnain diugut supaya menyokong kerajaan dan jika enggan, beliau akan didakwa atas kesalahan rasuah.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mendakwa tindakan menakut-nakutkan pemimpin itu dipercayai bertujuan mendapatkan sokongan supaya kerajaan kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

Hamzah mendakwa, pada 1 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnain dibawa untuk bertemu seorang pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel di Damansara dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah jika enggan menandatangani kenyataan media yang disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan.

Bagaimanapun, SPRM telah menafikan bahawa badan berkuasa itu terlibat dalam pengisytiharan sokongan Iskandar Dzulkarnain, manakala dakwaan pihaknya telah mengugut ahli Parlimen itu bertujuan mencemarkan nama baik SPRM. – UTUSAN

The post Dua Ahli Parlimen Bersatu tidak pernah runding mahu sokong saya – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Malaysia terima dua notis ancaman dari Kedutaan AS – Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, ancaman dan tekanan diterima Malaysia dari negara Barat yang menyokong Israel menyaksikan kerajaan menerima dua notis tata tindak (demarche) daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS), kerana keengganan Malaysia menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya melalui Kementerian Luar  telah menerima notis tersebut sebanyak dua kali pada 13…

 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

The post Malaysia terima dua notis ancaman dari Kedutaan AS – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Anwar ulangi gesaan minta rakyat tolak PN

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaan agar pengundi di negara ini menolak Perikatan Nasional (PN) yang suka mengeksploitasi isu perkauman.

Beliau malahan mengajak rakyat khususnya di Selangor tidak mempedulikan tohmahan blok pembangkang itu yang didakwa cuba memecahbelahkan imej Kerajaan Perpaduan.

“Dia kata konon saya dikawal DAP dan setiap hari dia mahu rakyat kita yang dari pelbagai kaum bergaduh. Saya ingatkan mereka jangan bermain dengan isu sebegini,” tegasnya.

ANWAR Ibrahim berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan PMX di Kompleks Muhibbah Tanjung Sepat, Selangor. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Terdahulu, Anwar yang tiba dari berceramah di Morib dekat sini, tiba kira-kira pukul 10.30 malam untuk berucap pula pada Ceramah Jelajah Perpaduan PMX @ Tanjong Sepat.

Kehadiran beliau meskipun hanya 30 minit sebelum bergegas pula ke satu lagi program kempen di Semenyih selepas itu, disambut meriah lebih 1,000 penduduk pekan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau turut mengingatkan pengundi tidak mengikut gaya pemimpin PN yang berani menghina institusi kesultanan dengan menyebar tohmahan berbaur fitnah.

“Bagi saya, orang sebegini jika salah, patut ditangkap dan dimasukkan ke penjara kerana mereka cuba rosak keharmonian antara kaum kita,” tambah beliau dalam nada semangat.

Ujarnya, PN turut sengaja cuba bermain sentimen untuk menaikkan kemarahan Melayu kepada Cina dan sebaliknya demi kepentingan politik sempit pada pilihan raya kali ini.

Pada akhir program itu, Anwar turut memperkenalkan calon-calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan dipilih untuk bertanding di kerusi Tanjong Sepat, Dengkil dan Sungai Pelek. – UTUSAN

The post Anwar ulangi gesaan minta rakyat tolak PN appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌