Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayUtusan Malaysia

Kecoh depan masjid: Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN : Polis mengesahkan menerima satu laporan mengenai kekecohan di hadapan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini semalam membabitkan sebuah kereta jenis Honda yang dikepung oleh orang ramai. Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan insiden kekecohan yang berlaku di atas jalan raya semasa istiadat pengebumian mangsa nahas helikopter, Allahyarham Komander… ... Read more

The post Kecoh depan masjid: Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis appeared first on Utusan Malaysia.

Insiden kecoh depan masjid: Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN : Polis mengesahkan telah menerima satu laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku di hadapan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini semalam membabitkan sebuah kereta jenis Honda yang dikepung oleh orang ramai. Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan insiden kekecohan yang berlaku di atas jalan raya semasa istiadat pengebumian mangsa… ... Read more

The post Insiden kecoh depan masjid: Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis appeared first on Utusan Malaysia.

Tiga termasuk pemandu lori ditahan, lebih 4,000 diesel seleweng dirampas

BUTTERWORTH : Tiga lelaki termasuk seorang pemandu lori ditahan oleh sepasukan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di sini, semalam. Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, ketiga-tiga mereka ditahan selepas disyaki terlibat dengan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalan Op Tiris 3.0… ... Read more

The post Tiga termasuk pemandu lori ditahan, lebih 4,000 diesel seleweng dirampas appeared first on Utusan Malaysia.

LRT Pulau Pinang: Kerja fizikal dijangka bermula September atau Oktober 

GEORGE TOWN : Kerja-kerja fizikal melibatkan pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang dijangka bermula September atau Oktober tahun ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerja-kerja tersebut akan dimulakan selepas butiran akhir projek tersebut dibincangkan antara SRS Consortium Sdn. Bhd. dan MRT Corp. Katanya, walaupun projek itu telah diumum untuk diteruskan… ... Read more

The post LRT Pulau Pinang: Kerja fizikal dijangka bermula September atau Oktober  appeared first on Utusan Malaysia.

CAP gesa elak guna baja sintetik

GEORGE TOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa petani dan pengguna untuk mengelak daripada menggunakan baja sintetik kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap biodiversiti tanah. Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, walaupun baja sintetik mampu meningkatkan produktiviti tanaman dalam jangka pendek, penggunaan yang berlebihan serta penyalahgunaannya boleh menyebabkan kemerosotan jangka panjang terhadap biodiversiti… ... Read more

The post CAP gesa elak guna baja sintetik appeared first on Utusan Malaysia.

Edar dadah termasuk ‘jantung’ ganja: Suami isteri antara 4 ditahan

GEORGE TOWN : Polis menahan empat suspek warga tempatan termasuk pasangan suami isteri kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah jenis ganja dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Tanjong Tokong dan pusat bandar di sini, semalam. Dalam operasi yang berlangsung selama lebih 12 jam bermula pukul 10 malam itu, polis turut merampas 21 kilogram (kg)… ... Read more

The post Edar dadah termasuk ‘jantung’ ganja: Suami isteri antara 4 ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Projek naik taraf, pulihara Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dijangka siap Julai

GEORGE TOWN : Projek menaik taraf dan memulihara Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang dimulakan pada 1 Disember 2021 dijangka siap sepenuhnya pada Julai depan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek itu dilaksanakan secara perundingan konvensional dengan kos kontrak asal iaitu sebanyak RM17.9 juta. “Kemajuan projek juga amat baik dan telah mencapai… ... Read more

The post Projek naik taraf, pulihara Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dijangka siap Julai appeared first on Utusan Malaysia.

Penjawat awam Pulau Pinang terima ‘durian runtuh’ sempena Aidilfitri

GEORGE TOWN : Kerajaan negeri hari ini meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri.  Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, BKKA itu diberikan sebagai tanda apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi kepada kerajaan negeri selama… ... Read more

The post Penjawat awam Pulau Pinang terima ‘durian runtuh’ sempena Aidilfitri appeared first on Utusan Malaysia.

‘Jemaah perlu dijelaskan hukum kucup Hajarul Aswad sebelum ke Tanah Suci’

GEORGE TOWN :  Lembaga Tabung Haji (TH) serta mutawif umrah dan haji disaran supaya menjelaskan mengenai hukum mengucup atau mengusap Hajarul Aswad kepada para jemaah masing-masing sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perkara itu penting demi memastikan kesempurnaan ibadah yang dikerjakan di sana.… ... Read more

The post ‘Jemaah perlu dijelaskan hukum kucup Hajarul Aswad sebelum ke Tanah Suci’ appeared first on Utusan Malaysia.

Kakitangan awam tidak berpencen : Pulau Pinang tunggu keputusan Kerajaan Pusat

GEORGE TOWN : Kerajaan negeri Pulau Pinang masih menunggu keputusan lanjut daripada Kerajaan Pusat berhubung cadangan mewujudkan kakitangan awam yang tidak berpencen.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana perkara itu masih lagi diperingkat idea dan kerajaan negeri akan menunggu sehingga kajian serta keputusan mengenai cadangan itu diputuskan.

”Jadi biar pihak berkenaan (Kerajaan Pusat) menghabiskan kajian mereka, perkara ini juga mesti membabitkan pindaan kepada beberapa akta sebelum ia dapat dilaksanakan, kita (kerajaan negeri) menunggu,” katanya selepas merasmikan projek Taman Linear di Padang Kota Lama, di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kabinet bersetuju perjawatan penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ahmad Zahid berkata, status berpencen penjawat awam sedia ada tidak terjejas, manakala penjawat awam baharu akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Susulan daripada itu, banyak pihak yang menggesa cadangan pemansuhan pencen itu turut dilaksanakan kepada wakil rakyat dan juga menteri.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai cadangan tersebut yang akan turut membabitkan wakil rakyat dan menteri, Kon Yeow berkata, cadangan itu juga masih di peringkat idea dan ia perlu diperhalusi sebelum keputusan dibuat kerana ia membabitkan beberapa akta.

“Kita akan menunggu kerja-kerja kajian ini dan menunggu pembentangan sebab keputusan akan menyebabkan struktur pencen melibatkan wakil rakyat yang dipilih daripada tarikh kuat kuasa dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, Taman Linear yang terletak di kawasan pesisir Pantai Utara, Tapak Warisan Dunia George Town merupakan salah satu komponen utama dalam Pelan Induk Pesisir Pantai Utara yang dibangunkan sebagai tarikan baharu pelancong di pusat bandar.

Katanya, tapak itu pernah dinaiktaraf pada 1991 sebelum bandar raya George Town diisytihar sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2008.

”Projek ini dijangka memberi manfaat melalui pendekatan kebudayaan ke arah pembangunan sosio-ekonomi yang lebih mampan bagi setiap aset warisan negeri ini termasuk aset semulajadi,” katanya.

The post Kakitangan awam tidak berpencen : Pulau Pinang tunggu keputusan Kerajaan Pusat appeared first on Utusan Malaysia.

Paip bawah air Sungai Perai bocor, beberapa kawasan mungkin alami gangguan air semula

 

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan satu lagi kebocoran telah dikesan di saluran paip bawah air di Sungai Perai, dekat sini.

Sehubungan itu, kakitangan PBAPP sedang menyiasat punca dan lokasi kebocoran terbabit untuk memeriksa sama ada ia berada di bahagian yang sama yang telah dibaiki semalam.

Menurut PBAPP, Walaupun berlaku kebocoran, namun pihaknya akan terus mengepam air melalui saluran paip buat masa ini.

“Pengguna pemulihan tahap dua diminta untuk menyimpan air untuk kegunaan. ⁠Saluran paip ini mungkin akan ditutup kemudian untuk kerja-kerja pembaikan kecemasan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, PBAPP memaklumkan kerja membaiki saluran paip di dasar Sungai Perai telah dapat disiapkan ia membabitkan kerja-kerja mengikat pengapit yang diubah suai pada saluran itu.

Sungai Perai merupakan lokasi terakhir daripada keseluruhan 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang yang menjalani kerja pembaikan sampingan selain kerja utama mengganti dua unit injap 1,200 milimeter (mm) di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

PBAPP berkata, keadaan tersebut masih dalam siasatan dan PBAPP akan berkongsi hasilnya apabila mempunyai maklumat dan data yang tepat.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya bimbang kejadian terbaharu membabitkan kebocoran di saluran paip bawah air Sungai Perai itu akan mengakibatkan penyaluran semula air di kawasan DUN Bayan Lepas antaranya meliputi kawasan Relau, Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul dan Sungai Batu akan terhenti semula.

AZRUL MAHATHIR Aziz (kiri) membantu seorang penduduk, Kam Leong Hoe,70, mengisi air yang diambil dari lori tangki di Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, hari ini.

”Hari ini ada beberapa kawasan di sekitar DUN Bayan Lepas seperti di kawasan kampung-kampung di Teluk Kumbar telah memperoleh bekalan air.

“Kejadian saluran paip bocor di Sungai Perai ini akan menyebabkan masalah gangguan bekalan air terjadi semula di kawasan DUN Bayan Lepas dan ini akan menyukarkan penduduk setempat,” katanya.

Azrul Mahathir berkata, pada masa ini sebanyak 10 lori tangki air berkapasiti 40,000 liter yang diletakkan di beberapa kawasan DUN Bayan Lepas kebanyakanya telah kehabisan air dan perlu diisi semula.

”Pengisian air tangki ini akan mengambil masa dan kami berharap paip yang bocor di Sungai Perai akan dapat dibaiki segera,” katanya. – UTUSAN

 

The post Paip bawah air Sungai Perai bocor, beberapa kawasan mungkin alami gangguan air semula appeared first on Utusan Malaysia.

Gangguan air: Tahap kedua pemulihan bekalan air bermula hari ini

 

GEORGE TOWN: Tahap kedua pemulihan bekalan air bermula dari pukul 6 pagi hari ini dengan pengepaman optimum air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke bahagian pulau negeri itu.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, pihaknya menyasarkan untuk memulihkan bekalan air kepada 495,065 pengguna menjelang pukul 6 pagi esok.

”Pengguna yang berhampiran dengan Kompleks Kolam Air dan Rumah Pam Bukit Dumbar akan mendapat bekalan air terlebih dahulu.

”Bekalan kemudiannya akan diperluaskan ke luar dan ke selatan ke arah kawasan di Daerah Barat Daya (DBD),” katanya di sini hari ini.

Mulai 10 Januari sehingga 14 Januari, kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air.

Semalam, bekalan air dinormalisasi secara berperingkat untuk 197,025 pengguna air (33 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas) di Seberang Perai.

Menurut PBAPP, perkara itu adalah selaras dengan urutan pemulihan yang ditetapkan selepas setiap kali Loji Rawatan Air Sungai Dua dimulakan semula.

“PBAPP akan terus memberi kemas kini mengenai proses pemulihan tahap dua hari ini,” katanya.

Tambahnya, tahap satu pemulihan bekalan air membabitkan 197,025 pengguna atau 33 peratus daripada pengguna terjejas di Seberang Perai telah selesai.

“Bagi tahap ketiga iaitu pemulihan bekalan air melibatkan 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian Pulau belum selesai dan dijangka pulih sepenuhnya menjelang pukul 6 pagi Ahad.

“Tahap keempat pula pemulihan bekalan air bagi baki 0.5 peratus daripada pengguna terjejas di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) dan tanah tinggi di kawasan selatan bahagian pulau dijangka selesai juga pada 6 pagi Ahad nanti,” katanya.

Dalam pada itu, PBAPP turut memaklumkan pengujian dan pengoperasian semula secara beransur-ansur saluran paip dasar Sungai Perai yang telah siap dibaiki semalam juga telah selesai. – UTUSAN

 

The post Gangguan air: Tahap kedua pemulihan bekalan air bermula hari ini appeared first on Utusan Malaysia.

Projek asrama pekerja asing Teluk Kumbar hanya libatkan 7,000 orang

 

GEORGE TOWN: Projek asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar dekat sini, yang dibantah penduduk setempat hanya berkapasiti lebih 7,000 orang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini kerajaan negeri belum menerima apa-apa permohonan daripada pemaju berhubung projek asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar yang dikatakan berkapasiti sehingga 22,000 orang.

Katanya, kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat berhubung dua projek berkenaan berkemungkinan kerana mereka tidak dapat membezakan maklumat yang diperolehi.

“Ada satu projek yang sebenarnya menjadi sasaran bantahan itu. Projek yang mereka desak (bantah) yang berkapasiti lebih 22,000 pekerja asing memang setakat ini tidak ada permohonan pun, apa yang diluluskan adalah berkapasiti lebih 7,000 pekerja di Teluk Kumbar.

”Makluman ini (projek berkapasiti 7,000 pekerja asing) mungkin di lapangan orang ramai tidak dapat bezakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perhimpunan tahunan anggota perkhidmatan awam bilangan 1, di sini hari.

Sebelum ini, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 orang di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar, Prof. Dr. Muhamad Idiris Saleh berkata, hampir keseluruhan penduduk tempatan di Teluk Kumbar membantah pembinaan asrama pekerja asing di kawasan tersebut kerana bimbang dengan pelbagai masalah yang akan timbul pada masa depan.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar itu hari ini bagi berbincang mengenai isu tersebut.

“Saya juga meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi taklimat berhubung projek ini kepada Datuk Azrul Mahathir Aziz (ADUN Bayan Lepas) dan badan bertindak yang membantah projek ini

“Semalam, saya pun ada berjumpa wakil Barisan Nasional (BN) Balik Pulau, saya terangkan mengenai projek ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri industri yang mempunyai banyak kilang  dan sebelum ini kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan berhubung pembinaan asrama pekerja asing.

”Pekerja asing ketika ini tinggal berselerak, ada di taman-taman perumahan dan lain-lain, jadi banyak aduan dan isu kita perlu uruskan.

“Jadi dengan adanya asrama, ia alternatif yang lebih baik dari segi tempat penginapan dan kemudahan yang ada demi mematuhi piawaian antarabangsa, tetapi kita faham di mana ia dibina di situ adanya suara (bantahan) rakyat,” katanya. – UTUSAN

 

The post Projek asrama pekerja asing Teluk Kumbar hanya libatkan 7,000 orang appeared first on Utusan Malaysia.

Kafe TeaKadai edar air mineral percuma ketika gangguan air minggu depan

 

GEORGE TOWN: Pengusaha kafe TeaKadai di sini mengambil insiatif mengedarkan 2,000 botol air mineral kepada penduduk di sekitar negeri ini yang akan berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula minggu depan.

Pengusaha kafe berkenaan, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, edaran botol air mineral 1.5 liter itu akan diberikan kepada orang ramai setiap hari di depan kafe TeaKadai yang terletak di Lebuh Queen di sini, bermula pukul 3 petang, pada 8 hingga 10 Januari depan.

”Kafe kami mempunyai tabung komuniti khas yang merupakan hasil ‘tip’ daripada pelanggan dan kami juga masukkan satu peratus keuntungan jualan kafe ke dalam tabung tersebut.

“Wang tabung ini akan kami gunakan untuk membeli barang-barang keperluan yang akan diedarkan kembali kepada komuniti.

“Pada bulan ini kami akan mengedarkan air mineral percuma kepada orang ramai yang akan menghadapi masalah gangguan air,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari mulai 10 hingga 14 Januari tahun depan.

Menurut Mohamed Rizwan, pihaknya akan menyediakan sebanyak 400 botol air mineral 1.5 liter setiap hari untuk diagihkan kepada pelanggan orang ramai percuma sepanjang tempoh gangguan air terbabit.

“Setidak-tidaknya orang ramai tidak lagi risau dengan keperluan untuk mendapatkan bekalan minuman bersih semasa gangguan air berlaku,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga akan membekalkan botol air mineral kepada sebuah sekolah di pusat bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Wellesley bagi memudahkan murid-murid mendapatkan bekalan air minuman bersih semasa gangguan air berlaku.

”Kami akan mengedarkan kira-kira 890 botol air mineral 1.5 liter kepada pelajar sekolah setiap pagi bagi memudahkan mereka dan ini juga adalah satu perkhidmatan yang kami berikan percuma kepada murid-murid sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, TeaKadai akan beroperasi seperti biasa semasa tempoh gangguan bekalan air belaku dan mereka akan menggunakan pinggan makanan serta minuman berasaskan kertas (paper plate) ketika tempoh itu.

”Kami juga akan menggunakan susu sebagai bahan asas untuk membancuh minuman sepanjang gangguan air berlaku, jadi pelanggan tidak perlu risau dengan penggunaan air ketika itu,” katanya. – UTUSAN

 

The post Kafe TeaKadai edar air mineral percuma ketika gangguan air minggu depan appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌