Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayUtusan Malaysia

Pelanggan singgah makan di Langkawi naik helikopter

LANGKAWI: Seorang pemilik sebuah kedai makan di Kampung Mawat, Ulu Melaka tidak menyangka apabila premisnya didatangi pelanggan yang menaiki helikopter tengah hari tadi. Pemilik Dangau Langkawi, Mohd. Zaidi Abu Hassan, 40, memberitahu, pada mulanya dia menerima panggilan daripada seorang individu yang disangkakan hanya bergurau untuk berkunjung ke kedainya dengan helikopter. “Pada mulanya saya beritahu individu… ... Read more

The post Pelanggan singgah makan di Langkawi naik helikopter appeared first on Utusan Malaysia.

Anugerah Pulau Kesembilan Terbaik Dunia lonjak pelancongan Langkawi

LANGKAWI: Anugerah Pulau Kesembilan Terbaik Dunia 2023 yang diberikan kepada Pulau Langkawi akan membuka ruang kepada lebih banyak pengiktirafan untuk pusat peranginan itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, pengiktirafan itu hasil kerjasama semua pihak yang memberikan sokongan kepada pelancongan Langkawi. “Anugerah ini adalah satu pengiktirafan dunia kepada Langkawi…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

The post Anugerah Pulau Kesembilan Terbaik Dunia lonjak pelancongan Langkawi appeared first on Utusan Malaysia.

Witchcraft dahului hari pertama Regatta Langkawi

LANGKAWI: Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) yang bermula hari ini menyaksikan pasukan Witchcraft mendahului kelas Racing pada dua sesi perlumbaan yang diadakan.

Pasukan diketuai Nick Burns yang mengemudi kapal dari Hong Kong itu mengatasi tiga lagi pasukan dalam kategori berkenaan termasuk dua pasukan tempatan, The Next FactorRolf dari Kelab Perahu Layar Diraja Selangor (RSYC) dan Uranus mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kami menerima angin yang baik sepanjang perlumbaan hari ini dan kami difahamkan keadaan ini dijangka berterusan sepanjang kejohanan RLIR.

“Saya berharap perlumbaan pada hari seterusnya akan berjalan lancar kerana tidak pasti bagaimana keadaan angin dan ombak yang boleh mempengaruhi perlumbaan,” katanya di sini, hari ini.

Pengarah Eksekutif Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC), Azlan Abdullah berkata, tiupan angin yang kuat antara 10 hingga 15 knot membantu memeriahkan perlumbaan hari pertama.

“Kita berharap keadaan cuaca ini akan berterusan pada hari kedua esok dan seterusnya hingga kejohanan tamat,” katanya.

Sementara itu, kejohanan RLIR edisi ke-20 yang berlangsung selama lima hari menyaksikan 32 pasukan berentap dalam enam kategori iaitu kelas Racing, kelas IRC1, kelas IRC2, kelas multihull, kelas sports boating dan kelas club cruising.

Sebanyak 250 pelayar dari pelbagai negara seperti Thailand, Denmark, United Kongdom, Australia, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, New Zealand, China, Vietnam akan berentap bagi merangkul anugerah berprestij. -UTUSAN

The post Witchcraft dahului hari pertama Regatta Langkawi appeared first on Utusan Malaysia.

Aiskrim madu sarang lebah buatan anak tempatan Langkawi

APABILA disebut pencuci mulut, pastinya terbayang deretan kek dan pastri yang disusun cantik bagi menggamit pembeli. Namun, berbeza dengan sebuah kafe di Langkawi, Kedah yang menawarkan aiskrim dibuat sendiri untuk dimakan bersama madu sarang lebah.
Honeybee LGK Cafe yang sebelum ini pernah tular kerana menjual aiskrim madu sarang lebah dengan motosikal semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira dua tahun lalu, akhirnya kini memiliki premis sendiri yang turut menyajikan pelbagai makanan dan kopi.
Walaupun aiskrim buatan sendiri ini hanya mempunyai satu perisa iaitu vanila, namun pencuci mulut itu ditawarkan dalam pelbagai bentuk sebagai pilihan kepada pelanggan yang ingin merasainya.
Antara yang menjadi pilihan adalah minuman ais kisar Honeybee atau Honeybee Frappe, yang mana aiskrim itu dihidangkan bersama bebola mutiara dan emping jagung yang dihias dengan potongan madu sarang lebah.
Di samping aiskrim, Honeybee LGK Cafe turut menyediakan menu kopi berbeza seperti kopi Honeybee iaitu kopi yang menggunakan madu sebagai pemanis dan kopi Mahsuri yang merupakan resipi ciptaan mereka sendiri.
Selain itu, pengunjung juga pastinya teruja melihat pilihan pastri, kek, wafel dan juga makanan ringan ala Barat dan Korea yang diolah bagi menepati cita rasa tempatan.
Keenakan pastri kroisan yang berintikan pandan, coklat dan dijadikan sandwic juga setanding dengan makanan itu yang dijual di kedai kopi berjenama lain dan lebih istimewa ia juga dihasilkan sendiri oleh Honeybee LGK Cafe.
Barisan kek keju perisa coklat, tiramisu dan buah-buahan juga sering ditukar-tukar bagi mengelak pengunjung bosan dengan pilihan yang ada, malah makanan itu ditempah khas untuk dijual di kafe tersebut.
Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menikmati makanan ringan seperti ayam goreng, pizza, pilihan pasta dan oden yang akan dimasak setiap kali pesanan dibuat.
Dalam pada itu, Muhamad Syakir Idris, 32, dan Nur Fatihah Arun, 28, yang memiliki Honeybee LGK Cafe berkata, pada mulanya aiskrim itu dibuat sendiri oleh abang Nur Fatihah dan dijual di sekitar Langkawi dengan motosikal yang diubahsuai untuk meletakkan tong aiskrim.
“Mungkin rezeki kami, sebab tidak lama selepas itu aiskrim tersebut tular dan abang ipar benarkan saya untuk menjual aiskrim itu di kawasan lain, tambahan pula ketika itu PKP dan saya diberi cuti tanpa gaji kerana bekerja dengan syarikat penerbangan.
“Selepas setahun berniaga dengan motosikal, kami bina kedai bagi memudahkan jualan di samping boleh mempelbagaikan menu,” kata Muhammad Syakir.
Nur Fatihah yang sebelum ini pernah mengusahakan kios makanan turut menggunakan resipinya sendiri dalam menu yang dijualnya seperti tepung ayam goreng.
Honeybee LGK Cafe terletak di Jalan Ulu Melaka, Ayer Hangat dan dibuka setiap hari dari pukul 12.30 tengah hari hingga 11 malam. – Mingguan Malaysia

 

The post Aiskrim madu sarang lebah buatan anak tempatan Langkawi appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌