Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayUtusan Malaysia

Kertas siasatan kasut tertera kalimah Allah kini dengan Peguam Negara

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes kasut tumit tinggi yang didakwa mempunyai kalimah mirip Allah dalam bahasa Arab di bahagian tapaknya. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. “JAIJ dengan kerjasama… ... Read more

The post Kertas siasatan kasut tertera kalimah Allah kini dengan Peguam Negara appeared first on Utusan Malaysia.

Johor cuti khas peristiwa 17 Disember ini

JOHOR BAHRU: Johor mengumumkan cuti khas peristiwa pada 17 Disember ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia, malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, pengumuman cuti peristiwa itu juga bersempena kejayaan skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali kesepuluh berturut-turut.

Katanya, pencapaian itu merupakan sejarah gemilang buat bola sepak negeri ini.

“Justeru itu, pada pukul 8.30 malam, 16 Disember ini akan diadakan sambutan bagi meraikan peristiwa bersejarah tersebut di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, selepas perlawanan menentang Penang FC.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengisytiharkan 17 Disember ini, iaitu hari Ahad sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi turut memberitahu, pemberian cuti khas itu juga sebagai penghargaan kepada rakyat Johor yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada JDT sejak selama ini.

“Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369),” jelasnya lanjut.

Semalam, JDT menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sekaligus menyapu bersih empat piala yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak Malaysia.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super biarpun masih berbaki dua perlawanan.-UTUSAN

 

The post Johor cuti khas peristiwa 17 Disember ini appeared first on Utusan Malaysia.

KPDN rampas 6.5 juta liter diesel subsidi, bernilai RM13.69

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 6.5 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM13.69 juta yang cuba diseludup sindiket sejak 1 Mac sehingga hari ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, sebanyak 769 kes direkodkan dalam Ops Tiris yang dijalankan pihaknya di seluruh negara.

“Dalam tempoh itu juga, KPDN merampas harta benda digunakan sindiket khususnya kenderaan termasuk lori pikap yang diubah suai bernilai RM75.21 juta.

“Pelbagai modus operandi digunakan sindiket berjaya dikesan selain menggunakan kenderaan lori yang mana bahagian tangkinya diubah suai, ada yang menyimpan diesel di premis berlainan sebelum dipindahkan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo; Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman serta Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Fuziah turut memberitahu, selain Ops Tiris, kementerian itu turut menjalankan beberapa operasi termasuklah Ops Samar dan Ops Bersepadu bagi memastikan bekalan di dalam negara sentiasa terkawal.

Sementara itu, mengulas berhubung isu bekalan gula di negara ini, Fuziah memberi jaminan bahawa bekalan barangan itu mencukupi, termasuklah menjelang perayaan Krismas tidak lama lagi.

“Kerajaan mengeluarkan arahan kepada dua pengeluar gula di Malaysia iaitu Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR) serta MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) yang mana pengeluaran bekalan ditetapkan kepada keseluruhan 42,000 metrik tan sebulan menerima Ops Manis.

“Purata penggunaan gula bagi setiap isi rumah di Malaysia adalah 2.6 kilogram sebulan, jadi, kita yakin tiada masalah bekalan gula di negara ketika ini, mungkin beberapa bulan lalu ada sedikit masalah tetapi selesai.

“Namun jika ada, pengguna diminta untuk terus membuat aduan kepada KPDN dan kita akan selesaikan isu berkenaan dalam tempoh dua atau tiga hari,” jelasnya.

Berhubung karnival berkenaan, Fuziah memberitahu KPDN Johor mengadakan 670 program Jualan Rahmah di kesemua 26 Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Johor dengan nilai jualan melebihi RM21 juta.-UTUSAN

 

The post KPDN rampas 6.5 juta liter diesel subsidi, bernilai RM13.69 appeared first on Utusan Malaysia.

JDT ‘kenduri’ gol belasah Perak, mara ke final agregat 12-2

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan penuh bergaya apabila berjaya menundukkan Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini dengan jaringan 8-1.

Kemenangan dalam saingan separuh akhir kedua itu menyaksikan skuad Harimau Selatan menjinakkan skuad The Bos Gaurus dengan keputusan 12-2 secara agregat selepas melakar kemenangan 4-1 pada separuh akhir pertama di Ipoh.

Permulaan bermula seimbang pada 10 minit pertama apabila kedua-dua pasukan dilihat menyusun strategi untuk mengasak lawan masing-masing sebelum JDT membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi jaringan Arif Aiman Hanapi.

ARIF Aiman Hanapi melepaskan rembatan ke gawang Perak pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Pemain bintang JDT itu bijak menggelecek pertahanan lawan sebanyak dua kali sebelum melepaskan tendangan menerjah gawang.

Harimau Selatan dilihat terus mudah menembusi pertahanan pasukan pelawat apabila turut menambah dua lagi gol masing-masing pada minit ke-26 dan minit ke-31 menerusi jaringan Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes untuk menutup babak pertama dengan 3-0.

Bersambung babak kedua, ianya bermula rancak dengan kedua-dua pasukan kembali mengatur serangan, namun seperti dijangka JDT tidak mengambil masa  lama untuk menggandakan jaringan menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-52 menerusi jaringan cantik Fernando Forestieri, disusuli gol Bergson tujuh minit kemudian.

SYAFIQ Ahmad berjaya meledak dua gol buat JDT pada aksi menentang Perak.

Belum sempat penyokong JDT meraikan jaringan tersebut, Syafiq Ahmad menanduk masuk gol keenam JDT selepas menerima bola hantaran Oscar Arribas pada minit ke-61.

Perak terus berdepan mimpi ngeri apabila JDT berjaya mendapatkan jaringan ketujuh pada minit ke-77 sekali lagi menerusi Syafiq yang memanfaatkan situasi kucar-kacir depan gawang pasukan pelawat.

JDT melengkapkan malam cemerlang mereka dengan jaringan kelapan pada masa tambahan menerusi jaringan Heberty Fernandes.

Perak FC bagaimanapun, berjaya meraih gol saguhati pada masa tambahan menerusi jaringan Muhammad Firdaus Ahmad Fuad.-UTUSAN

The post JDT ‘kenduri’ gol belasah Perak, mara ke final agregat 12-2 appeared first on Utusan Malaysia.

Tiada mogok, protes pemandu lori di Johor 

JOHOR BAHRU: Pengusaha lori di Johor tidak berhasrat mengadakan protes besar-besaran seperti yang dilakukan di beberapa negeri utara dan pantai timur negara ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Lori Johor (JTA), Chai Pei Yoon berkata, hal itu kerana tindakan sedemikian hanya akan memberi kesan negatif kepada individu terlibat.

“Perbuatan mogok seperti itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah, akan turut mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan awam.

“Jadi, kita di Johor tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan tindakan sedemikian sebaliknya kita buat laporan polis demi keselamatan ahli-ahli persatuan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini semalam.

Tambah Pei Yoon, laporan polis tersebut dibuat pada 16 Oktober lalu ketika isu protes pemandu lori baharu mula kedengaran.

“Sebelum ini, kita ada dengar mengenai khabar angin berhubung protes sedemikian di Johor, tetapi tiada perkara yang kukuh. Persatuan juga tidak menyokong perkara itu,” ujarnya sambil memaklumkan JTA mempunyai seramai 178 ahli seluruh Johor.

Baru-baru ini, berlaku protes melibatkan ribuan pemandu lori di negeri seperti Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah di mana mereka turut menghantar memorandum kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Tindakan sedemikian dibuat sebagai tanda protes mereka terhadap operasi bersepadu dijalankan JPJ dengan Polis Diraja Malaysia yang menyebabkan pengusaha dan pemandu lori hilang punca pendapatan mereka.

Sementara itu, Wakil Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Pantai Timur, Ibrahim Mamat dilaporkan berkata, tindakan penguatkuasaan itu seolah-olah menunjukkan mereka adalah golongan penjenayah.

“Antara tuntutan kami ialah pelepasan had muatan, pengurangan waktu operasi, tindakan saman terhadap pengilang dan pelombong, kenaikan sewa kenderaan perdagangan dan menghapuskan sistem saman demerit.

“Jadi, kami sepakat untuk mogok dan tidak bekerja selama seminggu dan berharap pihak berkuasa atau kerajaan memberi perhatian terhadap rintihan pemandu lori,” ujarnya. -UTUSAN

The post Tiada mogok, protes pemandu lori di Johor  appeared first on Utusan Malaysia.

ADUN Muda bukan lagi dalam blok pengimbang -Ketua Pengimbang Johor

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kini bukan lagi berada dalam blok pengimbang Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang Johor, Andrew Chen Kah Eng selepas Muda memutuskan kerjasama dan keluar daripada gabungan politik itu dan tindakan mengeluarkan Muda daripada blok pengimbang di negeri ini adalah wajar setelah kedua-dua pihak tidak lagi sehaluan dalam beberapa perkara.

“Disebabkan Muda memilih untuk meninggalkan Kerajaan Peraduan dan bersikap tidak mesra dengan Kerajaan Perpaduan, maka, secara automatiknya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Muda di negeri ini bukan lagi berada dalam blok pengimbang.

“Muda memilih untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan. Kami amat kecewa dengan sikap parti itu yang sentiasa mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Kerajaan Perpaduan sejak kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita.

Di Johor, terdapat seorang ADUN daripada Muda iaitu Amira Aisya Abd. Aziz yang juga Timbalan Presiden parti tersebut dan mewakili Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Semalam, Syed Saddiq memaklumkan Muda akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga, sekali gus menarik sokongan mereka terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Muar itu dilaporkan berkata, pemberitahuan mengenai perkara itu diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat yang disampaikan, semalam.

Sementara itu, Kah Eng turut memberitahu, tindakan Muda yang bertentangan dengan PH ditunjukkan beberapa kali sebelum ini termasuk meletakkan calon mereka dalam kerusi diwakili calon PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

“Tambah menyedihkan lagi, secara kasarnya, Presiden mereka melabelkan DAP sebagai ‘lapdog’ kepada pihak lain,” ujarnya yang merupakan ADUN Stulang.

Beliau turut menegur tindakan parti tersebut sebagai tidak mengenang budi khususnya mereka yang membantu selama ini. -UTUSAN

The post ADUN Muda bukan lagi dalam blok pengimbang -Ketua Pengimbang Johor appeared first on Utusan Malaysia.

Polis buka dua kertas siasatan Muhyiddin

JOHOR BAHRU: Polis membuka dua kertas siasatan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berkaitan agama, bangsa dan raja (3r) dalam kempen dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan mengambil keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pada Selasa ini.…

 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

The post Polis buka dua kertas siasatan Muhyiddin appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌