Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayUtusan Malaysia

Angkasa tawar diri jadi pengimport beras

ALOR SETAR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menawarkan diri untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan beras yang meruncing ketika ini. Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, melalui kerjasama dengan rangkaian koperasi antarabangsa terutama dari negara jiran, Angkasa melalui koperasi di bawahnya mampu menjadi pengimport bahan itu. “Ini adalah antara isu ahli… ... Read more

The post Angkasa tawar diri jadi pengimport beras appeared first on Utusan Malaysia.

Kedah Agro tamat operasi – Sanusi

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan tentang penamatan operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) ekoran masalah kewangan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu. Menurut Muhammad Sanusi, ekoran itu sebahagian daripada kakitangan syarikat berkenaan turut ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa pada 31 Mac lepas. “Sudah dimaklumkan bahawa syarikat itu tidak berdaya maju.… ... Read more

The post Kedah Agro tamat operasi – Sanusi appeared first on Utusan Malaysia.

Lori terbabas rempuh penunggang motosikal, rumah

ALOR SETAR: Seorang penunggang motosikal cedera setelah dirempuh sebuah lori tiga tan di hadapan sebuah sekolah di Jalan Kepala Batas, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa Mohd. Isa Baharom, 50, dirempuh lori yang dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti mengejut di lampu isyarat pejalan kaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, lori berkenaan juga terbabas ke kawasan letak kereta sebuah rumah di tepi jalan.

“Pemandu lori tidak mengalami kecederaan sementara penunggang motosikal itu dibawa ke hospital dengan ambulans dalam keadaan separuh sedar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.37 tengah hari tadi.

“Dimaklumkan kemalangan itu melibatkan sebuah lori tiga tan yang hilang kawalan sebelum melanggar motosikal jenis Honda Wave dan penunggang yang berhenti di kawasan sekolah itu.

“Kemalangan turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser dan sebuah rumah,” katanya. -UTUSAN

The post Lori terbabas rempuh penunggang motosikal, rumah appeared first on Utusan Malaysia.

100 jenis pastri dan kek di Flour Crown

SEJAK kebelakangan ini, tular di sana sini Cromboloni iaitu pastri gulung yang tiba-tiba mendadak menjadi buruan penggemar pencuci mulut di merata tempat termasuk di Kedah.
Cromboloni kegemaran ramai itu adalah sejenis pastri gabungan croissant dengan bomboloni iaitu donut tanpa lubang berintikan pelbagai perisa. Sesuatu menarik tentang Cromboloni yang dipercayai berasal dari Perancis ini adalah penggemarnya dapat merasakan pastri yang ranggup di luar dan lembut di dalam seperti croissant, di samping topping yang pelbagai di bahagian luarnya.
Bercakap tentang Cromboloni ini, kafe dan kedai bakeri Flour Crown di Jitra, Kubang Pasu menyediakan pelbagai pilihan topping termasuk kacang pistachio, Biscoff dan coklat.
Sesuatu yang pasti, pastri ini memang ‘naik daun’ sehingga pemilik Flour Crown terpaksa mengehadkan pembelian seorang pelanggan sebiji sahaja Cromboloni memandangkan pastri itu hanya mampu dihasilkan cuma 50 biji sekali kerana pembuatannya agak rumit.
Bukan sekadar Cromboloni, menu yang ditawarkan di Flour Crown juga beragam yang bersesuaian dengan konsepnya iaitu kafe dan kedai bakeri.

Terdapat lebih 100 pastri dan kek premium di sini daripada croissant, cinnamon roll, strudel, pavlova dan puff berkrim.
Di sisi kafe, Flour Crown turut menyediakan pelbagai menu dari Itali dan Perancis seperti pasta, pai, burger dan minuman termasuk kopi premium untuk dinikmati secara bersantai di situ.
Menurut pemilik Flour Crown, Wan Aifaa Shafia Wan Mohd. Sofi, 28, walaupun kafe dan kedai bakeri tersebut baru beroperasi sejak beberapa bulan lepas namun sudah menjadi premis kegemaran ramai untuk mendapatkan pastri atau kek bertaraf premium.
“Dulu kami buka kedai bakeri saja sejak 2019 di kawasan berdekatan sebelum berpindah ke Taman Mahsuri ini. Daripada pastri dan kek sekarang kami turut menyediakan pelbagai menu.
“Semua pastri dan kek dihasilkan sendiri di Flour Crown termasuk croissant dan cromboloni menggunakan resipi sendiri. Flour Crown pernah menghasilkan cromboloni sebelum ia tular namun sejak kebelakangan ini pastri ini kembali menjadi buruan sehingga kami tidak menang tangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Selain itu, Flour Crown turut mempunyai cef sendiri bagi penyediaan makanan panas termasuk pasta.
“Kami mempelbagaikan pilihan kepada pelanggan selain mereka membeli dan membawa pulang kek serta pastri Flour Crown,” ujarnya yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang itu.
Sesuatu kelainan di kafe ini adalah Flour Crown turut mempamerkan pembuatan croissant di premisnya untuk tontonan pelanggan.
“Ini salah satu kelainan di Flour Crown kerana pelanggan boleh melihat cara-cara membuat croissant. Setiap hari kami menghasilkan sehingga 400 biji croissant,” kata Wan Aifaa Shafia.
Katanya, Flour Crown turut menyediakan tempahan kek untuk hari jadi dan keraian lain termasuk resepsi perkahwinan.

FLOUR CROWN
LOKASI: Taman Mahsuri,
Jitra Kubang Pasu Kedah
WAKTU OPERASI:
12 tengah hari – 10 malam
MAKANAN POPULAR: Cromboloni

 

The post 100 jenis pastri dan kek di Flour Crown appeared first on Utusan Malaysia.

Trend bercuti ke Thailand bersifat sementara 

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah yakin trend orang ramai terutama rakyat negeri ini melancong ke Thailand bersifat sementara dan dijangka reda menjelang tahun depan.

 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, kerajaan negeri sedang menyusun pelbagai program tahun depan untuk merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini terutama di Langkawi.

 “Pertama, kita tak boleh halang mereka untuk pergi melancong ke mana-mana sahaja. Kedua, kerajaan negeri giat untuk mengangkat pelancongan negeri ini dan usaha ini akan lebih rancak lagi bermula 2024.

“Trend masyarakat melancong ke Thailand ada banyak sebab, mereka masih teringin nak pergi jalan ke luar negara, namun perkara itu tak lama berlarutan. Kita akan lipat ganda promosi Kedah dan mereka akan singgah ke Kedah.

“Langkawi pun kita majukan (walaupun) Langkawi sudah popular namun kita mahu naikkan lagi promosi menjelang Tahun Melawat Kedah 2025,” katanya selepas hadir ke Majlis Perasmian Karnival Usahawan Negeri Kedah 2023 di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu mengalami kesesakan luar biasa ekoran rakyat negara ini berpusu-pusu ke negara gajah putih itu untuk bercuti.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain memberitahu, setakat kelmarin seramai 78,301 pengembara keluar masuk menggunakan pintu sempadan itu.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Salleh berkata, pihaknya turut menjangkakan peningkatan kemasukan pelancong terutamanya di Langkawi ketika musim cuti sekolah ini.

“Pada Oktober sahaja, data diperoleh merekodkan 2.2 juta pengunjung di Langkawi dan saya yakin dengan cuti sekolah ini, maka berlaku peningkatan. Jika kita pergi ke Langkawi sekarang, memang sesak dengan kehadiran pelancong.

“Banyak program juga dilaksana untuk menjadikan Langkawi terus menjadi tumpuan seperti penganjuran Uptown@Adya, ia usaha kerajaan merancakkan pelancongan di Langkawi,” katanya.

Sementara itu menyentuh peningkatan kes Covid-19 melebihi 20,000 kes sejak kebelakangan ini, kata beliau, kerajaan negeri yakin situasi tersebut tidak akan menjejaskan sektor pelancongan negeri.

“Rakyat tidak perlu panik tetapi kita perlu berwaspada dengan menjaga diri masing-masing dan pakai pelitup muka ketika berada di tempat ramai,” katanya. –UTUSAN

The post Trend bercuti ke Thailand bersifat sementara  appeared first on Utusan Malaysia.

SSM pantau peniaga TikTok

ALOR SETAR: Semua peniaga termasuk yang menjalankan perniagaan secara dalam talian di media sosial termasuk di TikTok perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang boleh meningkatkan lagi kepercayaan pembeli kepada produk mereka.

Menurut Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof, suruhanjaya itu juga kini giat memantau peniaga di TikTok untuk mengesan mana-mana entiti perniagaan yang tidak berdaftar bagi memastikan kebajikan awam terjaga.

“Sekiranya mana-mana pihak atau individu yang menjalankan perniagaan dalam talian atau fizikal, mereka perlu mendaftarkan perniagaan. Mereka perlu papar nombor pendaftaran atau nama yang mereka daftarkan itu di laman sesawang atau media sosial mereka. Ini memberi bantuan kepada pembeli menyemak tahap kesahihan perniagaan itu.

“Terdapat tahap penarafan dinamakan BizTrust iaitu ada logo yang kita keluarkan untuk peniaga berdaftar menjalankan perniagaan dalam talian. Mereka boleh memaparkan di laman mereka. Ini memberi tambahan pengesahan bahawa mereka merupakan perniagaan berdaftar dan SSM akan memantau serta keluarkan notis jika mereka tidak berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Bimbingan Usahawan 2023 (PBU23) Peringkat Negeri Kedah dan Perlis (Zon Utara) di Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Hamid, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, setakat ini secara keseluruhan sebanyak 346,703 kompaun dikeluarkan dengan nilai RM16.41 juta ke atas peniaga di atas pelbagai ketidak patuhan peraturan ditetapkan SSM.

“Antaranya tidak berdaftar, tidak paparkan logo dan nombor pendaftaran. Pembeli sebenarnya boleh menyemak melalui laman sesawang SSM untuk mengenal pasti adakah entiti perniagaan itu berdaftar atau tidak jadi ia memberi bantuan kepada mereka.

“Memiliki entiti perniagaan yang sah adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelanggan. Selain itu perniagaan yang sah juga membolehkan usahawan merebut pelbagai bantuan yang disediakan oleh agensi kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, SSM menganjurkan program PBU23 untuk membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan individu dalam menguruskan perniagaan mereka.

“SSM turut menawarkan pendaftaran perniagaan percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang mengecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan.

“Sehingga November, sebanyak 90,567 yang terdiri daripada 46,943 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa dan 43,624 usahawan kumpulan B40 mendaftar melalui SPPP,” katanya. -UTUSAN

The post SSM pantau peniaga TikTok appeared first on Utusan Malaysia.

Isu benih, penanaman padi masih ikut jadual – Mat Sabu 

ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan, jadual penanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengikut jadual ditetapkan di sebalik masalah berkaitan benih padi.

 Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini hanya 20 peratus petani yang belum menerima bekalan benih padi sah (BPS).

 “Sebanyak 80 peratus kawasan sudah memulakan proses penanaman padi sementara bakinya akan bermula 1 Disember ini. Musim padi sekarang masih ikut jadual penanaman. Tidak ada berlaku kelewatan. Menjelang 1 Disember ini semua kawasan sawah di MADA akan ditabur benih,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Solidariti Palestin, di sini hari ini.

 Akhbar ini melaporkan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) semalam memberitahu, di sebalik tambahan BPS ke Kedah dan Perlis baru-baru ini namun agak terlewat kerana diagih pada fasa akhir menabur esok.

 Kerajaan baru-baru ini meluluskan serta-merta pengagihan BPS ke Kedah dan Perlis bagi menyelesaikan masalah ketiadaannya sejak beberapa minggu lepas.

 Mengulas lanjut kata Mohamad, kementerian juga pada masa yang sama akan mempertimbangkan bagi menambah kuota BPS kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berbanding 30 peratus ketika ini bagi mengelak sebarang manipulasi harga atau ketirisan.

 “Kita akan kaji pada tahun depan. Kerajaan akan cuba naikkan peruntukan kuota benih kepada GLC ini dan kita akan periksa kemampuan mereka. Kalau mampu tinggi kita bagi. 

 “Kedua, kita juga akan buat stok benih padi lebih kurang 50,000 tan metrik. Kalau sesuatu berlaku kita masih ada stok benih padi ini,” katanya. – UTUSAN

 

The post Isu benih, penanaman padi masih ikut jadual – Mat Sabu  appeared first on Utusan Malaysia.

Kerajaan tidak gagal isu lantikan menteri -Fuziah  

KUBANG PASU: Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang belum terisi tidak menjejaskan hala tuju dan gerak kerja kementerian itu terutama menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga calon Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman tentang kegagalan Perdana Menteri ekoran jawatan itu masih tidak terisi adalah tidak tepat. 

“Saya tidak rasa kerajaan gagal kerana program dan hala tuju kementerian tidak terjejas walaupun tiada menteri penuh kerana kita masih ada pemangkunya. Saya tidak melihat ia satu kegagalan kepada Perdana Menteri, mungkin ada sesuatu yang kita tidak tahu maksud tersirat kepada beliau. 

“Cuma, saya ingin tegaskan di bawah kerja KPDN tidak terjejas walaupun kita terpaksa buat kerja tambahan tetapi dasar berjalan seperti biasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program sempena Pesta Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini. 

Beliau mengulas tentang kenyataan Menteri Besar Terengganu itu semalam bahawa ketiadaan pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu merupakan kegagalan Kerajaan Persekutuan. 

Bekas Menteri KPDN, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Julai lepas dan jawatan tersebut kini dipangku oleh Datuk Armizan Mohd Ali. 

Fuziah menambah, pelantikan jawatan tersebut adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. 

Dalam perkembangan lain, Fuziah berkata, KPDN mensasarkan 10,000 warga universiti terutama pelajar menyertai program Advokasi Pengguna Peringkat Kebangsaan Bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 

“Sasaran kita adalah menyantuni sebanyak 10,000 pelajar untuk meningkatkan lagi pendedahan berkaitan hak-hak pengguna dalam kalangan warga universiti daripada golongan asnaf.  

“Selain itu, kita lancar Jualan Rahmah Siswa bertujuan memberi peluang kepada seluruh warga terutama mahasiswa supaya membeli barang keperluan asas pada harga mampu milik,” katanya. 

Beliau menambah, program Jualan Rahmah Siswa tersebut berkonsepkan kedai runcit bergerak ke kawasan kampus di seluruh negara. 

“Sebanyak 30 jenis barang keperluan asas disediakan melalui program ini yang ditawarkan pada harga antara 20 hingga 30 peratus lebih rendah,” jelasnya. -UTUSAN

 

The post Kerajaan tidak gagal isu lantikan menteri -Fuziah   appeared first on Utusan Malaysia.

Gading Kencana tawar latihan keusahawanan solar kariah masjid

ALOR SETAR: Gading Kencana Sdn. Bhd. bersedia untuk memberi latihan keusahawanan solar kepada kariah masjid di seluruh negara selari dengan dasar kerajaan berkaitan peralihan tenaga. Pengarah Urusan Gading Ken­cana Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ir. Guntor Tobeng berkata, impak daripada penyertaan 40 ahli jawatankuasa dan kariah Masjid Aman dalam latihan itu kelmarin sangat memberangsangkan bagi pihaknya. “Program anjuran bersama jawatankuasa Masjid…

 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

The post Gading Kencana tawar latihan keusahawanan solar kariah masjid appeared first on Utusan Malaysia.

Wakil rakyat sokong kerajaan usaha lemahkan PN

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan tindakan Ahli Parlimen gabungan itu menyokong kerajaan sebagai satu usaha untuk melemahkan PN.

Beliau berkata, perangkap berkaitan peruntukan telah menjerut wakil rakyat PN untuk memberi sokongan terhadap kerajaan.

“Isu dibangkitkan adalah ketiadaan peruntukan untuk berkhidmat, itu sahaja. Itu cara mereka jerut Ahli Parlimen daripada pembangkang untuk menyatakan sokongan.

“Menjerut supaya mengalah, adalah dua tiga orang mengalah dengan strategi itu. Wakil rakyat Pas, kita tapis. Tak ada dengar khabar itu (beralih sokongan). Saya serah kepada ketahanan jiwa masing-masing dan kalau ada bersikap macam itu penggal depan tak ada nama,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi tidak menafikan akan ada lagi usaha daripada pihak tertentu untuk terus memancing wakil rakyat PN melalui orang tengah yang dikenali sebagai ‘broker politik’.

“Akan ada cubaan, dugaan dan cabaran ‘dicekik’. Kena jadi Rambo (kerana) ada sepanjang hayat broker ini, saya biasa hadapi dan berjaya lepas tanpa dibayar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yakin tiada dalam kalangan wakil rakyat PN di Kedah yang akan berpaling tadah sehingga bertindak membelakangkan gabungan tersebut.

Menurutnya, semua wakil rakyat daripada gabungan itu khususnya Pas dilatih dengan tahap kesabaran tinggi untuk kekal setia kepada parti.

 “Saya bersama Pas dilatih untuk tahan, mengukuhkan keimanan. Bila jadi wakil rakyat tahap kesabaran dan mental kena kuat tak boleh ada kepentingan diri. Nak pilih calon, wakil rakyat kena tapis betul-betul. Ada tekanan di hadapan, nak bocor ka tak bocor, nak paling tadah ka tidak (kerana) pilihan raya adalah peperangan,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim adalah wakil rakyat ketiga dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd. Azizi memberitahu, tindakan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di kawasan itu terjamin dan terus mendapat pelbagai manfaat daripada Kerajaan Persekutuan. –UTUSAN

The post Wakil rakyat sokong kerajaan usaha lemahkan PN appeared first on Utusan Malaysia.

Harga ayam terkawal, KPDN pantau peniaga ambil kesempatan

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi amaran kepada peniaga agar tidak sewenangnya menaikkan harga ayam ekoran keputusan kerajaan menarik balik subsidi dan kawalan harga sumber protein itu bermula hari ini.

Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth berkata, pihaknya tidak berkompromi jika terdapat pihak yang mengambil kesempatan menjual bekalan ayam pada harga tidak munasabah semata-mata untuk meraih untung berlebihan.

“Kita akan ambil tindakan tegas tanpa memberikan apa-apa alasan dan kita menerima maklumat bahawa kononnya berlaku kenaikan harga ayam hari ini ekoran penamatan subsidi namun terbukti harga masih biasa. Harga ayam terkawal dan masih rendah hari ini,” katanya kepada pemberita setelah melakukan tinjauan di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini.

Akhbar ini kelmarin melaporkan, kerajaan mengumum menamatkan subsidi dan harga kawalan bagi ayam sepenuhnya bermula hari ini.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, rasionalisasi daripada tindakan itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan penduduk berpendapatan tinggi.

Affendi menambah, KPDN Kedah melaksana operasi dan pemantauan harian di semua premis menjual ayam itu setiap hari bagi memastikan harga bahan itu terkawal.

“Menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 antara tindakan dikenakan adalah kompaun tidak kurang daripada RM3,000 bagi individu dan RM5,000 bagi pertubuhan. Individu juga boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun untuk kes pertama dan tidak lebih lima tahun untuk kes kedua,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, hasil pemantauan hari pertama penamatan subsidi dan kawalan harga itu mendapati tidak berlaku kenaikan harga mendadak dalam kalangan peniaga.

“Harga ayam masih terkenal dan rendah hari ini kerana peniaga menjual di bawah harga RM9.40. Kita harap trend ini berterusan dan jadi amalan kepada semua.

“Saya sudah menanyakan kepada peniaga, mereka berkata walaupun naik pun dalam lingkungan RM9 sahaja,” katanya. –UTUSAN

The post Harga ayam terkawal, KPDN pantau peniaga ambil kesempatan appeared first on Utusan Malaysia.

Premis sedia makan tengah hari percuma kena ‘serbu’ penduduk

ALOR SETAR: Penduduk setempat ‘menyerbu’ sebuah premis menyediakan makan tengah hari percuma di Jalan Kangkong, di sini sejak kebelakangan ini menyebabkan makanan yang disediakan habis kurang sejam.

Premis dinamakan Rumah Makan Percuma (RMP) milik usahawan ayam, Mazlina Kamarudin itu beroperasi dari pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang menyediakan makan tengah hari untuk 500 pengunjung setiap hari.

Rata-rata pengunjung yang ditemui memberitahu, mereka beruntung kerana berpeluang makan di RMP itu setiap hari sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga seharian.

Menurut seorang pengunjung, Ali Hassan Awang, 60, yang berasal dari Kota Sarang, dengan kenaikan harga barang mentah termasuk beras ketika ini, RMP diibaratkan memberi rahmat kepada mereka.

“Alhamdulillah, ada RMP ini, sekurangnya jimatlah belanja saya dan isteri. Kami berdua sahaja di rumah, anak-anak semua duduk jauh. Nak bagi isteri masak, memang tak berbaloi sebab barang basah pun mahal.

“Beras sekarang pun mahal juga. Jadi, setiap hari kami ambil keputusan datang sini makan tengah hari. Jimatlah belanja sikit. Kalau makan kedai pun dua orang mesti RM20 ke atas,” katanya ketika ditemui di RMP hari ini.

Saad Dollah, 64, dari Bukit Besar berkata, dia dan isterinya juga sering singgah di sini untuk makan tengah hari dengan hidangan lauk ayam dan sayur itu.

“Kalau lalu sini memang kami singgah dan tak masuk dah kedai makan sebab nak jimat. Kat sini makan percuma sahaja, siapa nak bagi. Duit nak makan kat kedai itu boleh simpan atau beli barang lain.

“Sekarang, zaman ekonomi tak menentu, jadi, kena berjimat cermat. Kalau makan sini memang jimatlah RM10 ke RM20,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Mazlina, RMP menerima kunjungan yang luar biasa sejak kebelakangan ini sehingga makanan yang disediakan tidak mencukupi.

“Dahulu kami sediakan untuk 350 orang kemudian naikkan ke 500 orang supaya lebih ramai dapat makan. Sejak kebelakangan ini makanan tak cukup kerana belum sejam makanan sudah habis.

“RMP adalah satu sedekah daripada syarikat kami Ayam Bismi, namun ramai juga yang datang menderma untuk buat kenduri di sini iaitu sedekah bahan mentah untuk sama-sama membantu orang yang tidak berkemampuan,” katanya.-UTUSAN

The post Premis sedia makan tengah hari percuma kena ‘serbu’ penduduk appeared first on Utusan Malaysia.

Bermodalkan RM29.90, MummyRQ pelopori makanan halal bayi

SIAPA menyangka bermula dengan modal cuma RM29.90, sepasang suami isteri kini berjaya mengorak langkah sebagai perintis makanan halal bayi di negara ini sejak 2015.

Najib Ramjan, 47, dan Jazneeda Jamil, 36, yang membangunkan syarikat MummyRQ Sdn. Bhd. (MummyRQ) mengeluarkan 42 jenis makanan bayi dan kanak-kanak daripada jenama Groomy dan PipiPau sekali gus memberi saingan kepada jenama import yang sudah lama berada di pasaran.

Lebih membanggakan, MummyRQ yang beroperasi di Taman Halal Kedah, Sungai Petani setakat ini mempunyai perolehan sehingga RM1.2 juta setahun dengan prospek lebih baik setelah berjaya menerokai pasaran luar negara tidak lama lagi.

Menurut Jazneeda selaku Ketua Pegawai Eksekutif MummyRQ, mereka menerokai industri makanan itu bermula di rumah termasuk melakukan proses kajian dan pembangunan (R&D) produk sendiri.

“Semua bermula ketika kami memiliki anak pertama pada 2011. Menyedari makanan bayi halal yang berada di pasaran agak terhad kami cuba hasilkan produk sendiri. Modal cuma RM29.90 itulah untuk beli bahan-bahan. Pada 2015, kami pulang ke Kedah dan menetap di Sungai Petani untuk memulakan perniagaan ini.

“Permulaan kami adalah di rumah kami sendiri di mana tingkat bawah kami jadikan tempat operasi dan tingkat dua kami anak beranak menetap,” katanya ketika ditemui di pejabat MummyRQ di Taman Halal Kedah, Sungai Petani baru-baru ini.

Bercerita lanjut, keazaman untuk mengetengahkan produk makanan bayi yang halal toyyiban bagi pasaran dalam negara menggerakkan syarikat itu untuk mampu bertahan sehingga kini.

“Pada 2017 kami masuk ke Taman Halal Kedah dan mula sewa satu unit sahaja sebelum mengembangkan kilang kepada tiga unit, dua tahun lalu. Alhamdulillah, kapasiti pengeluaran kini lapan tan sebulan bagi memenuhi pasaran tempatan dan luar negara. MummyRQ mempunyai pasukan yang lengkap termasuk untuk melakukan R&D produk,” katanya.

JAZNEEDA Mohamad Jamil menunjukkan produk makanan bayi keluaran MummyRQ yang beroperasi di Kedah Halal Park di Sungai Petani, Kedah. UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR

Beliau turut menjelaskan bahawa syarikat berkenaan turut memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan MeSTI daripada Kementerian Kesihatan pada 2017 sekali gus mengukuhkan rangkaian produk MummyRQ termasuk untuk pasaran luar negara.

“Selain pasaran domestik, MummyRQ sudah dipasarkan ke Brunei dan Myanmar. Kami kini dalam proses memohon pensijilan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan sijil daripada Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) untuk teroka pasaran luar.

“Percaya atau tidak negara luar termasuk Eropah dan Amerika Syarikat menaruh keyakinan tinggi terhadap produk makanan dari negara kita kerana status halalnya. Halal itu bagi mereka adalah bersih, ini yang kami usahakan selain mempromosikan produk MummyRQ di Malaysia,” jelas ibu kepada empat cahaya mata ini.

Bercerita tentang rahsia kejayaan MummyRQ itu, kata Jazneeda, kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang kepentingan memberi makanan bayi yang berkhasiat dan halal itu semakin meningkat sejak 2015.

“Kami turut memastikan semua bahan yang digunakan daripada sumber yang diyakini dan mendapat sijil halal di pihak pembekal. Bukan itu sahaja kami juga menggunakan bahan yang organik sahaja daripada beras perang, sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Anak-anak kami sendiri makan produk-produk ini sejak kecil dan Alhamdulillah kesihatan mereka sangat baik. Itu amalan baik daripada makanan organik. Ini antara kesedaran yang kami ingin ketengahkan kepada ibu bapa tentang kepentingan makanan berkhasiat kepada bayi mereka,” jelasnya.

MummyRQ juga baru menghasilkan produk baharu dalam rangkaian makanan bayi sedia dimakan pada Ogos lepas berasaskan R&D syarikat itu sejak 2018 selain dalam proses memeterai kerjasama dengan sebuah hospital swasta untuk menempatkan produk mereka.

“Kami berharap ia akan memberi kemudahan kepada ibu khususnya yang berkunjung ke hospital bagi mendapatkan makanan berkhasiat bagi bayi mereka,” katanya yang pernah berkecimpung dalam bidang penyiaran sebelum bersara pada 2011 untuk menumpukan perhatian terhadap keluarga.

The Little Humans Cafe milik MummyRQ Sdn Bhd di Kota Damansara Selangor.

Jazneeda berkata, usaha syarikat berkenaan tidak terhenti di situ apabila MummyRQ mengorak langkah membuka sebuah kafe makanan bayi dan orang dewasa yang diberi nama The Little Humans Cafe di Kota Damansara, Selangor pada Februari lepas.

“Kafe ini menyajikan makanan untuk semua lapisan usia daripada bayi enam bulan ke atas sehingga makanan orang dewasa. Kami turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk ibu bapa dan kanak-kanak di kafe ini,” katanya.

Bercakap tentang perancangan masa depan, katanya, MummyRQ berharap memiliki kilang sendiri pada masa hadapan dan bergerak sebagai sebuah syarikat korporat unggul dalam memasarkan produk makanan bayi halal terkemuka. – UTUSAN

The post Bermodalkan RM29.90, MummyRQ pelopori makanan halal bayi appeared first on Utusan Malaysia.

PRN: `Gelombang hijau menurun, Mahfuz kena kerja kuat sikit lagi’

ALOR SETAR: Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) berpeluang untuk mengekalkan kerusi milik Pakatan Harapan (PH) itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penyandang DUN berkenaan, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata, Pengerusi PH Kedah itu bagaimanapun perlu berusaha lebih keras untuk memenangi hati pengundi di DUN tersebut.…

 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

The post PRN: `Gelombang hijau menurun, Mahfuz kena kerja kuat sikit lagi’ appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌