Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayUtusan Malaysia

Adira kekal ratu OST

PETALING JAYA: Tidak ralat dengan jolokan Ratu Runut Bunyi atau Original Soundtrack (OST), Adira sebenarnya berterima kasih dan bersyukur kerana lagu-lagunya terpilih sebagai latar muzik sesebuah drama atau filem. Naib juara Akademi Fantasia musim kelapan itu juga menganggap dirinya bertuah apabila lagunya kerap diputarkan baik di pawagam, televisyen (TV) atau radio selepas dipilih sebagai OST. ... Read more

The post Adira kekal ratu OST appeared first on Utusan Malaysia.

Bila kemasyhuran membutakan hati

CURANG, satu perkataan yang mungkin jika disebut ketika ini boleh menimbulkan ketegangan dalam perbualan.  Bukan pergaduhan tetapi satu demi satu episod kecurangan akan dibicarakan semula.  Tatkala ini juga, industri seni tempatan sedang menggelegak dengan isu membabitkan kecurangan, ‘penyondolan’ dan pelbagai lagi kisah rumah tangga yang tidak sudah-sudah mengundang kontroversi.  Namun itu tidak bermakna peminat hiburan… ... Read more

The post Bila kemasyhuran membutakan hati appeared first on Utusan Malaysia.

Shiqin Kamal nafi kekasih Zizan

PETALING JAYA: Pelakon, Shiqin Kamal menafikan dakwaan dia sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang tular baru-baru ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Shiqin atau nama penuh, Nur Ashiqin Mohd. Kamal, 32, itu berkata, hubungan antara mereka hanyalah sekadar kawan sekerja selepas beberapa kali terlibat dalam projek telefilem. “Saya sendiri pun tak tahu ... Read more

The post Shiqin Kamal nafi kekasih Zizan appeared first on Utusan Malaysia.

AJL38: Hasrat lain daripada yang lain, major lagu sangat berkualiti – Mokhzani Ismail

KUALA LUMPUR: Kemenangan Hasrat ciptaan sepenuhnya penyanyi, Amir Jahari adalah kerana lagu tersebut mempunyai major lagu yang sangat berkualiti dan tampil dengan jiwa yang berbeza daripada 11 lagu lain. Ketua Juri Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38), Datuk Mokhzani Ismail berkata, Hasrat mempunyai garapan lirik dan kekuatan melodi yang berbeza daripada karya lain yang bertanding. “Melodi, ... Read more

The post AJL38: Hasrat lain daripada yang lain, major lagu sangat berkualiti – Mokhzani Ismail appeared first on Utusan Malaysia.

Atikah Suhaime membiasakan diri

PERKAHWINAN yang dibina baru menginjak ke usia lebih sepurnama. Bagi pelakon, Atikah Suhaime, banyak lagi yang harus dia pelajari. Isteri kepada usahawan, Datuk Lokman Teh sedar selok belok dunia perkahwinan yang ada pasang surut, ombak dan tenangnya. Apatah lagi, mengizinkan diri untuk memegang status isteri terutama dalam budaya hidup yang berbeza memerlukan dia untuk memberi ... Read more

The post Atikah Suhaime membiasakan diri appeared first on Utusan Malaysia.

Bukan hamil, tapi keracunan makanan – Fasha Sandha

PETALING JAYA: Perkongsian pelakon, Fasha Sandha yang mengalami muntah-muntah mencetuskan spekulasi segelintir warganet yang mendakwa aktress itu sedang hamil.

Bagaimanapun, Fasha menerusi media sosialnya hari ini menafikan spekulasi tersebut dan memaklumkan dia mengalami keracunan makanan sehingga menyebabkan dia muntah-muntah.

“Bukan hamil tau, salah makanan atau minumam yang beli di tepi jalan. Sekejap sahaja sakit dan muntah.

“Selalunya okey sahaja, mungkin nasib saya tidak begitu baik pada hari tersebut.

“Makanan atau minuman itu mungkin terkena kuman atau air yang digunakan tidak masak. Hati-hati ya semua,” katanya dalam InstaStory.

Sebelum ini, pelakon drama Rampas Cintaku itu menyuarakan hasrat bersedia menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata lelaki.

“Sementara itu, Fasha juga memaklumkan dia kini berada dalam keadaan sihat dan semkain pulih daripada keracunan makanan yang dialami.

“Alhamdulillah saya semakin pulih. Terima kasih kerana ambil berat tentang saya. Saya ini jarang sakit.

“Pengajarannya, jangan makan sesuka hati pada ‘cheat day’. Kadang-kadang nasib tidak baik, kena keracunan makanan jua.

“Terima kasih suami sebab jaga saya ketika sakit. Sakit manja-manja,” kongsinya.

Untuk info, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Pelakon itu juga memiliki dua cahaya mata, Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8 hasil perkahwinan dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai.-UTUSAN

The post Bukan hamil, tapi keracunan makanan – Fasha Sandha appeared first on Utusan Malaysia.

Kecaman dan kritikan tak boleh bunuh cinta seni saya – Aina Abdul

PETALING JAYA: Biarpun berdepan kecaman dan kritikan dari pelbagai sudut, penyanyi, Aina Abdul tetap terus melangkah dan bertahan memeluk prinsip serta cinta mendalamnya terhadap dunia seni.

Namun akuinya, sebagai manusia biasa, adakala perasaan mengalah dan berputus asa itu hadir memberi kata dua kepadanya sama ada untuk terus bertahan atau menjauh dari cinta seninya.

“Pada akhirnya, kita semua manusia biasa. Ada rasa penat, mahu mengalah. Tetapi saya tetap teruskan kerjaya seni ini walaupun ditekan, diasak.

“Minat saya terlalu mendalam. Kerana cinta itu adalah perkara yang orang tak boleh bunuh. Dari kecil saya melihat idola menyanyi di layar kaca, jadi semangat itu saya serap sehingga sekarang.

“Saya sudah sampai ke tahap ini, takkan kerana kecaman dan kritikan saya mahu mengalah lagi? Sayang sekali, usaha saya untuk sampai ke tahap ini sangat sukar,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi Terus Hidup itu juga sering mengingatkan diri sendiri untuk tidak merasa puas dengan setiap kejayaan yang dikecapi malah jangan pernah lupa dengan kegagalan yang pernah dilalui.

“Saya bukan seorang yang senang berasa puas. Bukan Aina Abdul kalau dia cepat berpuas hati. Saya bertarung dengan diri sendiri. Saya sentiasa mahu lebih dan lebih lagi.

“Saya membuktikan kepada diri sendiri sebenarnya. Apa kemampuan yang saya boleh buktikan? Apa lagi yang saya boleh but. Sejauh mana saya boleh berkarya,” kongsinya.-UTUSAN

The post Kecaman dan kritikan tak boleh bunuh cinta seni saya – Aina Abdul appeared first on Utusan Malaysia.

Bukan salah pelakon, adakalanya skrip tak ‘berjiwa’ – Nora Danish

KALAU sebut nama Nora Danish, pastinya dua daripada puluhan naskhah yang pernah dilakonkan, Puteri dan Tentang Dhia menjadi sebutan.  Puteri misalnya,biarpun sudah memasuki usia hampir dua dekad, drama bersiri itu masih ‘berbisa’. Sehingga kini, Nora masih menjadi ‘pelaris’ yang berkesan.  Jarang sekali naskhah lakonannya kurang memberi impak. Selain selektif, pelakon itu juga mempunyai karisma dan aura tersendiri.  Lantas persoalan yang…

 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

The post Bukan salah pelakon, adakalanya skrip tak ‘berjiwa’ – Nora Danish appeared first on Utusan Malaysia.

Soal zuriat, kami serah kepada Tuhan. Dia lebih tahu – Hannah Delisha

PETALING JAYA: “Siapa tidak mahu zuriat kan, tetapi soal rezeki ini saya dan suami sepakat tidak mahu terlalu memaksa atau mempersoal.”

Demikian jawapan pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha tatkala ditanya adakah dia dan suami mempunyai perancangan zuriat selepas berkahwin dua tahun lalu.

Jelas Hannah kepada Utusan Malaysia, dia percaya Tuhan lebih mengetahui waktu terbaik untuk mereka memiliki zuriat dan dalam pada masa sama, terbuka sekiranya dikurnia cahaya mata dalam masa terdekat.

“Ada juga terima pertanyaan berkaitan zuriat ini, tetapi saya dan suami tidak ambil hati. Cuma kadang-kadang terfikir juga. Terutama soal usia dan perancangan masa depan kan.

“Tetapi kami serahkan soal rezeki bulat-bulat kepada Tuhan. Dia lebih tahu,” ujar isteri kepada Imam Shah itu.

Dalam pada itu, pelakon Andai Itu Takdirnya tersebut juga mengakui tidak dapat lari daripada desas desus berhubung keadaan rumah tangganya kerana jarang berkongsi perihal suami di media sosial.

“Banyak sahaja khabar angin saya dengar. Ada yang ingatkan hubungan kami bermasalah, ada juga yang ingat saya belum kahwin lagi. Bukan tidak mahu kongsi, tetapi kami berdua selesa begini.

“Sejak awal perkenalan pun kami jarang kongsi pasal peribadi. Banyak hantaran adalah tentang kerja dan perniagaan.

“Setiap orang ada cara sendiri dan ini adalah pilihan kami. Selagi khabar angin tidak memudaratkan, saya fikir tiada masalah untuk terus privasi sebegini,” kongsinya.

The post Soal zuriat, kami serah kepada Tuhan. Dia lebih tahu – Hannah Delisha appeared first on Utusan Malaysia.

Kesihatan Celine Dion semakin merosot, hilang upaya kawal otot

LAS VEGAS: Keadaan penyanyi bersuara emas, Celine Dion kini semakin parah apabila dia dilaporkan hilang keupayaan mengawal ototnya selepas setahun mendedahkan dia menderita sindrom orang kaku.

Menurut kakaknya, Claudette, penyanyi lagu legenda, My Heart Will Go On itu tidak boleh mengawal sebahagian pergerakan menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada bantuan orang sekeliling.

“Tidak tidak ada lagi kawalan atas otot-ototnya. Apa yang paling menyedihkan dia mempunyai disiplin hidup yang tinggi.

“Impiannya kini adalah untuk kembali ke pentas semula, menghiburkan peminat setianya, Itu juga harapan kami, tetapi kemampuan itu tiada.

“Dia sentiasa bekerja keras. Ibu kami selalu berpesan, dia akan jadi seorang yang berjaya,” ujarnya memetik laporan E! Online.

Menurut Claudette lagi, penyanyi tersebut kini di bawah pengawasan doktor dan dijaga oleh adiknya, Linda di kediamannya di Las Vegas.

Terdahulu, penyanyi legenda itu terpaksa membatalkan siri konsert Courage World Tour tahun lalu selepas menghidap penyakit tersebut yang sangat jarang ditemui.

Menerusi laman Instagramnya, penyanyi All By Myself itu melayangkan permohonan maaf kerana terpaksa membatalkan konsert tersebut dan akan berusaha untuk kembali pulih secepat mungkin.

“Saya sedang berusaha sebaik mungkin untuk bina kembali kemampuan tetapi konsert jelajah sangat membebankan walaupun anda berada di keupayaan kesihatan yang sempurna.

“Tidak adil untuk saya terus menangguhkan konsert. Walaupun keputusan itu sangat memeritkan saya tetapi lebih baik konsert ini dibatalkan sehingga saya berada dalam keadaan yang sihat.” kongsinya.

The post Kesihatan Celine Dion semakin merosot, hilang upaya kawal otot appeared first on Utusan Malaysia.

Padam Dan Pergi, nuansa baharu muzik Imran Ajmain

PETALING JAYA: Lima tahun menanti detik terbaik, penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain akhirnya tampil dengan karya baharu, Padam Dan Pergi yang memberi nuansa baharu daripada naskhah seni muziknya sebelum ini.

Berkolaborasi dengan komposer muda, Ahmadul Amin, Imran berkata, pemisahan gaya muzik menerusi Padam Dan Pergi adalah usahanya untuk meneroka sekali gus mencipta perjalanan seni yang berbeza berbanding sebelumnya.

Padam Dan Pergi adalah pemisahan daripada gaya biasa saya. Lagu ini mencerminkan perkembangan peribadi dan muzikal bagi saya, meneroka stail baru dalam bunyi dan penceritaan.

“Saya terdetik nak lancarkan lagu ini setelah setahun memanggung di acara-acara indie apabila penontonnya semua hafal dan nyanyikan apa jua lagu yang dipersembahkan atas pentas bersama-sama penyanyinya. Ini untuk mereka semua,” ujarnya.

Tambah mengujakan, pelancaran lagu baharunya ini selaras dengan perancangan konsert mini keduanya di Singapura pada 12 Januari depan dan juga persembahan berskala sama di Kuala Lumpur tahun hadapan.

“Penerbitan single ini diselaraskan secara strategik dengan konsert mini Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang akan datang di Singapura pada 12 Januari 2024. Konsert tersebut juga diusahakan nanti untuk penggemar di Kuala Lumpur.

“Saya akan mempersembahkan lagu baharu ini sebagai sorotan malam konsert, menawarkan penggemar pengalaman secara langsung bunyi baru ini yang melambangkan pemisahan daripada balada lembut mendayu-dayu yang sinonim dengan saya,” ujarnya.

Bercerita tentang lirik Padam Dan Pergi, Imran berkata, lagu tersebut merungkai hubungan kompleks yang tidak kena haluan, dengan lirik ringkas yang menyentuh, menggambarkan dia sebagai seorang kekasih yang rentan mencari babak baru dalam hidupnya.

“Kolaborasi dengan komposer muda berbakat seperti Ahmadul Amin ini menandakan pemisahan yang ketara daripada karya terdahulu saya dengan persembahan muzik bunyi fast-tempo pop rock yang dipacu oleh gitar elektrik.

“Saya mahu mengajak pendengar bersama dalam perjalanan mengenal pahit manis cinta, menghapuskan masa lalu dan merangkul janji masa depan yang lebih cerah. Gitar elektrik mengambil peranan utama, menambah dimensi segar kepada repertoire muzikal saya.

“Padam Dan Pergi merupakan pengakuan pertumbuhan dan sumpah janji seniman untuk memajukan seninya,” kongsi penyanyi Seribu Tahun itu.

Untuk info, Konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain adalah pertunjukan pertama dalam siri persembahan artis dan band Malaysia, Singapura, Indonesia yang dipanggil Satu Malam Di Singapura.

Siri konsert tersebut dianjurkan oleh Elmi Elmo dan Hashtag Media (Malaysia) bekerjasama dengan Gumbira dan A’Art (Singapura) di Victoria Theatre, Singapura.-UTUSAN

The post Padam Dan Pergi, nuansa baharu muzik Imran Ajmain appeared first on Utusan Malaysia.

Siapa pempengaruh itu? Maaf, saya tak boleh sebut nama – Uyaina Arshad

PETALING JAYA: “Siapa pempengaruh itu? Maaf, saya tak boleh main petik mana dia. Tetapi saya rasa, perasaan bongkak dan angkuh tidak patut ada. Kalau pergi mana-mana acara, senyum. Jangan rasa diri gah sangat.”

Demikian jawapan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad selepas beberapa kali diasak mendedahkan pempengaruh yang dimaksudkan dalam ciapannya baru-baru ini.

Uyaina berkata, seseorang selebriti tidak kira seramai mana pun pengikutnya harus menjauhi sifat sombong dan bongkak apatah lagi tatkala bertemu peminat dan rakan-rakan selebriti lain di acara-acara hiburan.

“Takkan sebut nama dia, tetapi siapa terasa, Alhamdulillah. Sebenarnya itu pesanan untuk diri sendiri juga. Saya juga sering ke acara hiburan, selalu nasihat diri jangan sombong. Kita bukan sesiapa.

“Tidak kira kita ini popular ke, pengikut berjuta sekali pun, jangan rasa diri terlalu hebat. Senyuman kan satu sedekah. Saya ralat bila ada yang bersifat begitu. Bayangkan saya senyum dia buat bodoh sahaja.

“Kalau tak nampak lainlah cerita. Ini tipu sangat kalau cakap tak perasan dan ampak. Awak, Izara Aishah yang popular dan lawa macam itu pun sentiasa senyum serta ramah? Manakala awak?” ujarnya.

Terdahulu, ciapan Uyaina di aplikasi X mengundang perbincangan ramai apabila dia menegur seorang pempengaruh yang bersifat sombong di sebuah acara hiburan baru-baru ini.

“Soalan, kenapa pempengaruh lagi berlagak daripada selebriti? Pengikut juta-juta ke ribu-ribu ke jangan lah rasa diri tu popular sangat.

“Chill sudah lah, berlagak nak pergi mana?” ciap pelakon itu.

Dalam pada itu, pengacara Wanita Hari ini itu juga terkejut apabila ciapannya itu menjadi buah mulut dan dia kerap diasak untuk mendedahkan pempengaruh tersebut.

“Lepas ini kena fikir dulu nak ciap apa, sebab tak sangka pula tular. Saya memang seorang yang lantang tetapi dalam topik dan isu yang berkaitan serta difahami secara fakta,” katanya.

The post Siapa pempengaruh itu? Maaf, saya tak boleh sebut nama – Uyaina Arshad appeared first on Utusan Malaysia.

Elak ditipu, XPDC letak syarat

PETALING JAYA: “Kami belum pernah kena tipu, Alhamdulillah. Soal kontrak kena bertegas. Tak boleh bagi muka.”

Demikian jawapan kumpulan XPDC ketika ditanya tentang pengalaman ditipu penganjur yang dikongsikan rakan-rakan seperjuangannya selama ini.

Jelas pemain basnya, Zuar berkata, mereka meletakkan syarat mendapat wang deposit sebanyak 50 peratus sebelum mengesahkan persetujuan untuk tampil dalam mana-mana persembahan.

“Formula itu diguna pakai sejak dulu lagi. Mana-mana persembahan atau promosi, kami minta dulu deposit sekurang-kurangnya separuh daripada yang dipersetujui.

“Sebelum bersetuju, penganjur kena bayar 50 peratus dahulu, begitulah saya jaga XPDC dari dulu. Sebenarnya paling penting perjanjian awal itu kena telus.

“Bukanlah kami memilih, tapi sebagai band ‘otai’ kami sudah masak dengan permainan industri seni. Ada deposit, ada persembahan,” katanya.

Zuar dan anggota XPDC lain berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Search Voyage of Asia, semalam.

XPDC bakal memanaskan pentas konsert Search di Educity Sports Complex, Johor Bahru, bersempena Hari Rock Negara Edisi Selatan pada 24 dan 25 November ini.

Sementara itu, Zuar menambah, mereka menerima undangan itu atas dasar simpati selepas penganjurnya, C&M Music Centre dipercayai ditipu orang tengah.

“Sebenarnya penganjur sudah pelawa XPDC sejak awal tahun lagi. Tetapi tiada perkembangan sehinggalah baru-baru ini mereka dimaklumkan ditipu orang tengah.

“Atas dasar mahu membantu, kami sanggup turun padang mempromosikan acara ini biarpun hanya sebagai kumpulan undangan dengan band utama nanti adalah Search.

“Tidak mengapalah, dalam situasi tertentu kita masih boleh bertolak-ansur. Lagipun, penganjur berpegang kepada janji,” ujarnya.

Untuk info, XPDC turut dibarisi Ary selaku vokalis, Jeff (gitar) dan Amy (dram).

The post Elak ditipu, XPDC letak syarat appeared first on Utusan Malaysia.

Hidup perlu diteruskan tetapi doa untuk mereka tak pernah putus – Awie

KUALA LUMPUR: “Kalau tak menyanyi, nak bagi anak isteri makan apa? Hidup perlu diteruskan”.

Demikian jawapan legenda rock, Datuk Awie ketika ditanya berhubung desakan segelintir pihak yang mahu aktiviti hiburan dihentikan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Gaza, Palestin.

Jelas Awie, sebagai ketua keluarga, dia juga harus meneruskan kehidupan dan tetap menjalankan aktiviti seni demi mencari pendapatan menyara keluarga.

“Ada yang pertikai, rakyat Gaza, Palestin sedang berperang, kita di sini menyanyi? Tetapi kalau tak menyanyi, macam mana nak cari rezeki? Nak beri makan, anak ke sekolah?

“Kita teruskan kehidupan seperti biasa. Tetapi dalam masa yang sama hati dan jiwa kita sentiasa ada untuk mereka di sana. Tak putus doa untuk mereka.

“Sebab itu, saya dan Wings bakal mengadakan acara untuk mempamerkan solidariti, sokongan dan doa kita untuk mereka yang ketika ini sedang menderita di sana,” kongsinya.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata demikian selepas melancarkan Konsert Wings: The Rock Emperor di sini hari ini.

Konsert yang bakal berlangsung pada 16 Disember itu diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Penyanyi yang juga vokalis Wings itu turut mengumumkan acara prihatin terhadap rakyat Gaza, Palestin yang kini tertindas akibat kekejaman regim Zionis.

Bakal berlangsung pada 13 November ini, Awie berkata, acara Solidariti Ride Wings Motorgang Society itu bakal diadakan di satu lokasi yang akan diumumkan kelak.

“Tak perlu tunggu konsert untuk pamer perhatian dan solidariti terhadap rakyat Gaza. Kami sendiri sudah merancang acara tersebut, lokasi sahaja belum ditetapkan.

“Bukan wang ringgit menjadi ukuran tetapi sokongan, solidariti dan nyawa yang kita berikan kepada mereka. Itu penting juga.

“Setakat ini, kita ada 300 ahli bermotorsikal yang bakal sama-sama berkonvoi, solat hajat dan menyatakan pendirian kita terhadap rakyat Gaza,” katanya. – UTUSAN

The post Hidup perlu diteruskan tetapi doa untuk mereka tak pernah putus – Awie appeared first on Utusan Malaysia.

Dia ibarat permata, tidak dipulaukan di set penggambaran – Siti Khadijah Halim

PETALING JAYA: “Saya sendiri pernah dipulaukan, jadi untuk lakukan perkara itu kepada orang lain, tidak sama sekali. Lagipun, Sophia seorang kawan yang sangat baik. Saya gembira kenal dia.”

Demikian jawapan pelakon, Siti Khadijah Halim ketika ditanya berhubung dakwaan kononnya aktres sensasi, Sophia Albarakbah dipulaukan di set penggambaran lantaran dihimpit pelbagai kontroversi dan tohmahan.

Kongsi Siti Khadijah, sebagai teman di set penggambaran, Sophia banyak membantu dan mengajar dia untuk menjadi wanita yang lebih sopan serta lemah lembut kerana begitulah sifat pelakon itu.

“Dia ibarat permata di set penggambaran. Saya sendiri seronok berkawan dengan dia. Dia selalu teman saya. Dia baik tau. Dia banyak memberi inspirasi dan kami berkongsi ilmu antara satu sama lain.

“Bukan hak atau tempat saya untuk komen isu dia dipulaukan. Saya tak suka perasaan dipulaukan itu sebab pernah merasainya. Mungkin dia ada perasaan takut, tetapi tidak dengan kami semua.

“Alhamdulillah, sepanjang penggambaran bersama dia, semuanya dipermudah. Tiada apa-apa yang negatif berlaku. Kami semua positif,” ujarnya yang berlakon bersama Sophia dalam drama From Saga With Love baru-baru ini.

Siti Khadijah ditemui ketika pelancaran produk baharu set penjagaan wajah jenama tempatan, Tatagaltier di sini semalam.

Berkongsi pengalaman dipulaukan, pelakon Sekali Lagi Cinta itu mengakui penglaman tersebut akan dilalui oleh pendatang baharu yang mungkin belum serasi dan berkenalan dengan mereka di set penggambaran.

“Mungkin saya pernh buat dekat orang tanpa sedar, jadi itu adalah kitaran hidup. Saya anggap itu seperti norma sebagai pendatang baharu.

“Nak jadi peramah sangat pun tak boleh, nak terlalu pendiam pun tak boleh. Jadi saya go with the flow sahaja. Alhamdulillah, sekarang semua okay,” ujarnya.

The post Dia ibarat permata, tidak dipulaukan di set penggambaran – Siti Khadijah Halim appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌