Normal view

There are new articles available, click to refresh the page.
Before yesterdayMalaysia

PRN: Nurul Izzah beri sokongan kepada calon PH, BN

KULIM: Kehadiran Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas serta Merbau Pulas menghangatkan suasana yang pada mulanya agak hambar.

Nurul Izzah yang tiba pada pukul 9.45 pagi di persekitaran Dataran Kulim menyertai kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau ketika ditemui berkata, hadir memberi sokongan moral kepada calon-calon PH dan BN iaitu Shamsul Anuar Abdullah (Lunas) dan Datuk Asmadi Abu Talib (Merbau Pulas).

“Ini adalah satu hari yang bersejarah kerana menguatkan gerakan antara PH dan BN dalam kita mahu mencapai kesepakatan ini untuk diterjemahkan pada hari pengundian 12 Ogos nanti.

“Kita mahu maksimakan gerakan kerana kita tahu cabaran yang besar di negeri Kedah, insya-Allah saya doakan kemenangan kerana kita jelas mahu memperjuangkan agenda rakyat,” katanya di sini hari ini.

DUN Lunas menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Shamsul Anuar dan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Anuar Ramli serta tiga lagi calon bebas iaitu, Rajenderan Nadarajan, Pannir Selvam S. Suppiah dan Arinchindarem Sinnapaven.

Sementara itu, untuk DUN Merbau Pulas pula, Asmadi akan ditentang oleh penyandangnya daripada PN, Datuk Siti Ashah Ghazali. –UTUSAN

The post PRN: Nurul Izzah beri sokongan kepada calon PH, BN appeared first on Utusan Malaysia.

Maritim Malaysia, Indonesia dan Singapura perlu kerjasama atasi pengaruh kuasa luar

JOHOR BAHRU: Kerjasama erat antara agensi maritim tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia mampu menyekat jenayah rentas sempadan khususnya di perairan Selat Melaka dan juga Laut China Selatan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kerjasama itu telah dimulakan sejak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diwujudkan 18 tahun lalu.

Menurut beliau, kerjasama antara negara-negara rantau Asia Tenggara juga penting bagi memastikan tiada mana-mana pihak dipengaruhi negara kuasa luar yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“Jika kita lihat kepada konflik yang berlaku di Laut China Selatan, sekiranya ada semangat ASEAN antara negara-negara serantau, kita tidak akan mudah dipengaruhi oleh kuasa negara luar.

“Dengan kekuatan kerjasama itu, mereka (kuasa luar) akan tahu bahawa kita mampu menjaga kedaulatan di Selat Melaka dan Laut China Selatan serta tidak akan memihak kepada sesiapa. Jika mereka lihat kita tidak ada hubungan yang begitu bagus, maka mudahlah mereka pengaruhi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Penghargaan Khas daripada Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (Bakamla), di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Kepala Bakamla, Laksamana Madya Tentara Nasional Indonesia (TNI), Dr. Aan Kurnia; Komander Singapore Police Coast Guard, Senior Asisten Komisioner Cheang Keng Keong dan Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksama Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria.

Tambah Aminuddin, kerjasama erat antara agensi maritim negara-negara terlibat juga memberi kesan positif kepada ekonomi serantau apabila keyakinan terhadap aspek keselamatan di laluan perkapalan tersibuk dunia iaitu Selat Melaka meningkat.

Sementara itu, Aan Kurnia pula memberitahu, negara jiran harus mempunyai hubungan erat untuk membantu satu sama lain, tetapi dalam masa sama menghormati kedaulatan negara masing-masing.

“Langkah ini juga memberi manfaat dari segi perkongsian maklumat dan koordinasi bagi mematahkan kes jenayah rentas sempadan seperti kejayaan Maritim Malaysia membantu Bakamla menahan kapal tangki minyak berbendera Iran yang memindah minyak mentah secara haram bernilai 4.6 trilion rupiah atau RM1.38 bilion, 7 Julai lalu.

“Justeru itu, saya mengharapkan agar hubungan baik antara Malaysia, Indonesia serta Singapura terus erat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Keng Keong pula memberitahu, pihaknya memuji kejayaan hasil kerjasama antara Maritim Malaysia dan Bakamla dalam menyelesaikan kes jenayah rentas sempadan.

“Walaupun Singapura tidak terlibat secara langsung dalam operasi tersebut, tetapi kejayaan ini menunjukkan kepentingan wujudnya kerjasama erat antara agensi maritim negeri-negeri yang bersempadan kawasan perairannya,” jelasnya. – UTUSAN

The post Maritim Malaysia, Indonesia dan Singapura perlu kerjasama atasi pengaruh kuasa luar appeared first on Utusan Malaysia.

Taufan Doksuri badai China, 880,000 penduduk terjejas

FUZHOU: Lebih 880,000 penduduk terjejas selepas taufan Doksuri melanda wilayah Fujian di China dan mengakibatkan banjir besar.

Pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan berkata, Taufan Doksuri yang merupakan salah satu ribut paling kuat bergerak ke Beijing selepas membadai Filipina dan Taiwan.

Bencana cuaca itu turut menyebabkan bandar Fuzhou menggantung perkhidmatan kereta api bawah tanah yang dilanda banjir.

“Penyelamat bekerja keras membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap.

“Kawasan di Jinan, barat laut China juga dilanda banjir disebabkan taufan itu.

“Taufan tersebut diramal bergerak ke wilayah Anhui,” katanya.

Pihak berkuasa Beijing turut dilaporkan menangguhkan acara sukan dan aktiviti luar dan meningkatkan respons kawalan banjir di seluruh negara. – REUTERS

The post Taufan Doksuri badai China, 880,000 penduduk terjejas appeared first on Utusan Malaysia.

Lelaki cabul wanita di LRT Maluri diburu polis

PETALING JAYA: Polis giat mengesan seorang lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di platform LRT, Stesen Maluri, Cheras, dekat sini, semalam.

Satu laporan polis dibuat pada pukul 8.40 pagi daripada seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, hasil semakan mendapati, pengadu yang berusia 27 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Cheras pada hari kejadian.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Usaha mengesan suspek masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

Sementara itu, Rapid Rail dalam kenyataan meluahkan kekecewaan berhubung gangguan seksual dihadapi seorang wanita yang tular di Stesen LRT Maluri itu.

Katanya, tindakan menambah anggota polis bantuan di stesen-stesen akan dilakukan segera bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan mengelakkan perkara sama daripada berulang.

“Ketika kejadian, anggota polis bantuan yang sedang bertugas di platform bertentangan bergegas ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kepada mangsa yang sedang bergelut dengan suspek.

“Pasukan Polis Bantuan Prasarana bekerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menyiasat dan mengesan suspek sehingga ditangkap,” jelasnya. 

Terdahulu, seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipeluk secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali di stesen LRT Maluri

Bagaimanapun, tindakan pantas orang awam yang berada di lokasi terbabit menyelamatkan wanita itu dalam kejadian pada pukul 7.58 pagi. – UTUSAN

The post Lelaki cabul wanita di LRT Maluri diburu polis appeared first on Utusan Malaysia.

PRN: Mohd. Shaid tarik diri saat akhir tandingi DUN Jeram

Jeram

Jeram

KUALA SELANGOR: Hasrat penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli bertanding semula tidak kesampaian apabila menarik diri pada saat akhir.

Ini berikutan wakilnya didapati beredar tanpa menghantar borang pencalonan di pusat penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Mohd. Shaid berkata, keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya datang ke Langkawi kerana mahu mendapatkan restu Tun untuk bertanding Di Dun Jeram.  Namun, Tun menasihatkan saya sabar sedikit demi penyatuan orang Melayu dan mempunyai agenda lebih besar termasuk menyelamatkan tanah air ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau memohon maaf dan berterima kasih kepada penyokongnya yang hadir di pusat penamaan pagi tadi.

“Saya berprinsip terus kekal setia dan taat kepada nasihat Tun. Selain itu, saya berdoa akan Ada peluang pada masa akan datang untuk berkhidmat kepada rakyat DUN Jeram,” katanya.

Kerusi DUN Jeram sah ditandingi Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang menentang bekas Timbalan Ketua UMNO Sungai Buloh, Datuk Harrison Hassan. – UTUSAN

The post PRN: Mohd. Shaid tarik diri saat akhir tandingi DUN Jeram appeared first on Utusan Malaysia.

PRN: Tiga ‘Datuk’ calon DUN Selat Klang

Datuk

Datuk

KLANG: Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Selat Klang menjadi gelanggang pertarungan tiga ‘Datuk’ masing-masing dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Mereka adalah penyandang kerusi, Datuk Abdul Rashid Asari, Datuk Roslee Abdul Hamid dan Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Selain itu, pengumuman di lokasi sama turut melibatkan dua lagi DUN iaitu Meru di antara Mariam Abdul Rashid (PH-Amanah), Hasnizan Adham (PN-Bersatu) dan Sivaranjani Manickam Parti Sosialis Malaysia (PSM). 

Bagi DUN Sementa pula, Erny Afrishah Azizi (PH) dan Noor Najhan Mohamad Salleh (PN-Pas).

Kesemua pengumuman calon dibuat masing-masing oleh Pegawai Pengurus DUN Meru, Abdul Razak Masud;  Pegawai Pengurus DUN Sementa, Mohd. Shahrizal Mohd. Salleh dan Pegawai Pengurus DUN Selat Klang, Shahman Jalaludin di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao berkata, proses penamaan calon berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi dari mana-mana penyokong parti. 

“Kira-kira 247 petugas melibatkan pegawai dan anggota polis yang menjaga dari segi keselamatan termasuk lalu lintas. Kita berharap sepanjang tempoh kempen dua minggu ini, parti terlibat mematuhi undang-undang termasuk memohon permit bagi mengelakkan sebarang tindakan,” ujarnya. – UTUSAN

The post PRN: Tiga ‘Datuk’ calon DUN Selat Klang appeared first on Utusan Malaysia.

Kit Siang seru pengundi sokong Anwar

PETALING JAYA: Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menyeru seluruh pengundi dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini menunjukkan sokongan terhadap Ekonomi Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kit Siang berkata, sokongan tersebut perlu bagi memastikan Malaysia berada dalam kalangan 25 negara yang paling kurang korup.

Kata beliau, ia akan memastikan kedudukan negara yang ketika ini berada di tempat ke-61 menaik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) keluaran Transparency International (TI) mengatasi Bhutan, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu dan beberapa negara lain.

“Sekiranya sasaran ini berjaya, ia akan menjadi keputusan terbaik Malaysia dalam TI CPI yang diterbitkan setiap tahun dalam tiga dekad yang lepas.

“Sebelum ini, kedudukan terbaik Malaysia adalah di tempat ke-23 dari 41 buah negara dalam siri pertama TI CPI pada tahun 1995.

“Sejak dari siri pertama ini, jumlah negara yang ditinjau telah meningkat kepada 180 buah negara dan kedudukan Malaysia terus merosot sehingga ke tempat ke-61 pada tahun 2021 dan tempat ke-21 pada tahun 2022,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, misi menawan enam negeri bermula hari ini apabila 245 kerusi menjadi rebutan calon-calon parti politik yang bertanding pada PRN 12 Ogos ini.

Dianggarkan kira-kira 500 calon melibatkan Pakatan Harapan (PH), BN, Perikatan Nasional (PN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas menghantar borang pencalonan masing-masing hari ini.

Ini meliputi 56 kerusi Selangor diikuti 45 kerusi Kelantan, Kedah dengan 36 kerusi, Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36) dan Terengganu (32).

Kit Siang yang juga bekas Pengerusi DAP itu berkata, perbuatan rasuah bertentangan dengan ajaran semua keagamaan dan nilai etika semua agama-agama dunia serta falsafah hidup. 

“Memandangkan semua agama dan falsafah utama mengecam rasuah, amatlah bertepatan serta bersesuaian untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan, untuk bersatu padu dan menyokong Ekonomi Madani Anwar untuk menjadikan Malaysia salah satu negara terbaik dunia dalam memerangi rasuah,” katanya. – UTUSAN

The post Kit Siang seru pengundi sokong Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Angin perubahan bakal melanda DUN Batu Tiga

Angin

Angin

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) mendakwa angin perubahan bakal melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bermula dengan penamaan calon pada hari ini.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, angin perubahan tersebut kini dirasai berdasarkan tinjauan awal yang pasukan PN di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.

“Kita dapat maklum balas positif bahawa ada sebilangan pengundi di DUN ini mahukan perubahan serta wakil rakyat yang lebih baik.

“Tidak dinafikan bahawa Batu Tiga merupakan kubu kuat PH (Pakatan Harapan) tetapi PN akan buat sehabis baik untuk rampas merampasnya,” katanya ketika ditemui pada penamaan calon, hari ini.

Di Batu Tiga, Rina berdepan pertembungan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Danial Al-Rashid dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen.

Rina yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, beliau akan menggunakan pengalamannya sebelum ini untuk memikat pengundi kawasan tersebut.

Menurutnya, terdapat masalah-masalah yang masih gagal diselesaikan oleh wakil rakyat Batu Tiga sebelum ini seperti kerosakan infrastruktur, sosioekonomi dan lain-lain lagi.

“Insya-Allah kalau diberi peluang untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, saya akan bangkitkan semua masalah ini dalam DUN. Jadi harap pengundi kawasan Batu Tiga beri peluang kepada saya untuk menjadi wakil anda,” ujarnya.

Sementara itu, calon PH bagi kawasan itu, Danial Al-Rashid berkata, beliau berazam untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi Rodziah Ismail pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menurutnya, beliau akan memanfaatkan pengalamannya tiga tahun sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk melakukan kerja-kerja kempen di kawasan berkenaan. – UTUSAN

The post Angin perubahan bakal melanda DUN Batu Tiga appeared first on Utusan Malaysia.

KKM dengar rayuan, lulus 322 permohonan pertukaran pegawai peubatan

KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan permohonan rayuan penempatan melibatkan seramai 332 pegawai perubatan yang diserap ke jawatan tetap untuk bertukar.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sepanjang tempoh rayuan itu dibuka bermula 9 Jun hingga 24 Jun lalu, KKM menerima 1,843 permohonan daripada pegawai terlibat.

Katanya, kelulusan pertukaran itu melibatkan penempatan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Perkara ini kita putuskan dalam dua mesyuarat iaitu pada 27 Jun dan 24 Julai lalu.

“Penempatan kesemua rayuan itu bermula 31 Julai ini,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Dr. Zaliha berkata, sebelum ini, seramai 4,155 pegawai perubatan telah ditawarkan jawatan tetap dan mereka perlu melapor diri di penempatan yang ditetapkan pada 31 Julai ini.

Katanya, KKM telah menyediakan saluran untuk pegawai merayu, antaranya menerusi emel, google form, rayuan bersemuka dan talian khusus bagi membolehkan mereka menghubungi Bahagian Sumber Manusia.

“Dalam urusan rayuan pula, Jawatankuasa Rayuan yang bersidang  menimbang kesemua rayuan pegawai. Namun, tidak semua rayuan dapat diluluskan ekoran tiada kekosongan jawatan di negeri yang dimohon dan pertimbangan diberi kepada rayuan yang lebih memerlukannya.

“Pelbagai pertimbangan dibuat sebelum meluluskan rayuan penempatan pegawai perubatan seperti masalah keluarga, sakit kronik, pegawai wanita yang hamil dan ancaman keselamatan,” ujarnya.

Dr. Zaliha berkata, pegawai perubatan yang gagal boleh mengemukakan rayuan dengan alasan munasabah dan KKM akan terus membuat pertimbangan sewajarnya.

Katanya, kerajaan  memberi jaminan bahawa sektor kesihatan negara tetap dijaga dan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. – UTUSAN

 

The post KKM dengar rayuan, lulus 322 permohonan pertukaran pegawai peubatan appeared first on Utusan Malaysia.

PRN: Pesanan akhir arwah bapa jadi azimat Zamri Mantop

Mohd. Zamri

KUALA SELANGOR: Pesanan terakhir arwah bapa supaya terus menyantuni dan berkhidmat kepada rakyat menjadi azimat Mohd. Zamri Mohd Zainuldin untuk kekal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong. Bapa kepada calon Perikatan Nasional (PN) itu, Allahyarham Mohd. Zainuldin Mohd. Jainuddin, 77, meninggal dunia akibat penyakit asma di Hospital Sungai Buloh, pukul 7.32 pagi semalam iaitu sehari sebelum beliau…

 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

The post PRN: Pesanan akhir arwah bapa jadi azimat Zamri Mantop appeared first on Utusan Malaysia.

PRN: Harrison akur dipecat UMNO, ucap terima kasih

UMNO

UMNO

KUALA SELANGOR: Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Harrison Hassan akur dipecat UMNO selepas menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh itu berkata, tindakan berkenaan merupakan prosedur organisasi dan beliau berterima kasih kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya Harrison, ideologi PN yang sebati dengan dirinya antara faktor beliau menerima tawaran menjadi calon bagi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.

“Sebagai ahli politik, saya mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan prinsip perjuangan parti. Saya akur dengan perkembangan semasa dan pembaharuan yang diinginkan penduduk Jeram dan Selangor. 

Saya berikrar berusaha sebaik mungkin memenangi DUN ini nanti,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keahlian Harrison digugurkan selepas beliau diumumkan sebagai calon mewakili PN.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu berkata, pengguguran keahlian secara automatik itu selaras dengan perlembagaan dan peraturan Lembaga Disiplin parti.

Harrison berdepan saingan dua penjuru menentang calon BN, Datuk Jahaya Ibrahim yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Untuk rekod, kerusi DUN Jeram dimenangi Mohd. Shaid Rosli dari PKR yang memperoleh 7,087 undi menewaskan calon BN, Zahar Azlan Arifin (5,896) dan calon Pas, Mohd. Nor Mohd. Shahar (4,326). – UTUSAN

The post PRN: Harrison akur dipecat UMNO, ucap terima kasih appeared first on Utusan Malaysia.

Calon Muda dakwa kenyataan Ahmad Zahid ada unsur sogokan

PETALING JAYA: Kesemua 19 calon Parti Ikatan Demokratik Muda Malaysia (Muda) mendakwa berlaku unsur sogokan untuk mendapatkan undi dalam kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada musim pilihan raya negeri (PRN) kali ini. 

Dalam satu kenyataan bersama, calon parti itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Zahid semalam di Kuala Terengganu selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memberitahu beliau meluluskan RM250,000 untuk Majlis Belia Terengganu dan memberi peruntukan RM200,000 untuk pasukan pasukan bermotosikal seluruh negeri itu. 

Jelas kenyataan itu, Presiden UMNO itu juga dilapor menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menambah peruntukan asalkan para belia negeri berkenaan mengikut ‘gelombang biru dan merah’ yang ada di Terengganu pada 12 Ogos ini. 

“Di sini kami ada beberapa persoalan. Pertama, bukankah ini merupakan satu bentuk sogokan kerana jelas dinyatakan ‘asalkan pada 12 ogos nanti (hari mengundi) para belia mengikut gelombang biru dan merah’ di mana beliau (Ahmad Zahid) membayangkan sagu hati dan peruntukan ini berkait langsung dengan pilihan raya. 

“Kedua, adakah ini satu dasar yang wajar, berintegriti dan telus sekiranya peruntukan khas ini diluluskan di atas pentas ceramah politik? Ketiga, kenapa hanya belia negeri Terengganu mendapat peruntukan khas ini? Bagaimana pula belia-belia di negeri lain terutama negeri yang tidak mengadakan pilihan raya?” soal mereka dalam kenyataan itu. 

Tambah kenyataan itu, calon Muda turut mempersoal apakah kelulusan peruntukan itu dibatalkan sekiranya pengundi memilih parti lain selain daripada ‘gelombang biru dan merah’. 

“Malah, apakah ini pendirian Kabinet untuk membenarkan para menteri membelanjakan wang rakyat sesuka hati seolah-olah ia diambil daripada akaun simpanan peribadi? 

“Kami calon-calon dari Muda menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan segera dan mendesak untuk kerajaan persekutuan menyatakan pendirian ke atas tindak-tanduk seperti ini. 

“Kami dengan tegas menolak politik lapuk seperti ini dan menyeru supaya rakyat membuat pilihan yang lebih baik. Ayuh ke mengorak langkah ke budaya politik baharu,” kata kenyataan itu.  – UTUSAN

The post Calon Muda dakwa kenyataan Ahmad Zahid ada unsur sogokan appeared first on Utusan Malaysia.

PRN: Pertandingan satu lawan satu di Sijangkang, Morib

Sijangkang

Sijangkang

KUALA LANGAT: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.51 Sijangkang dan N.53 Morib menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bermula penamaan calon pada hari ini.

Penyandang DUN Sijangkang yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi ditentang oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Mohd.Al Hafizi Abu Bakar.

Sementara itu bagi kerusi DUN N.53 Morib, penyandangnya, Hasnul Baharuddi dicabar oleh calon PN, Rosnizan Ahmad. – UTUSAN

The post PRN: Pertandingan satu lawan satu di Sijangkang, Morib appeared first on Utusan Malaysia.

Sokongan pengundi tidak terjejas calon ada masalah rumah tangga

MARANG: Perikatan Nasional (PN) Terengganu percaya sokongan pengundi terhadap seorang calon yang bertanding di sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini tidak terjelas selepas didakwa mempunyai masalah rumah tangga setelah berkahwin dengan seorang wanita di negara jiran pada tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengundi di DUN terlibat semakin bijak untuk menilai tohmahan yang disebarkan parti lawan di media sosial terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya rasa pengundi sekarang ni lebih sedar, cermat dan lebih mengetahui mana satu mainan yang  berlaku di media sosial, mana satu masalah keluarga dan mana satu isu sebenar, isu pokok dalam satu satu pilihan raya dan pada kami ia tidak memberi kesan pada pengundi,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan seorang wanita di daerah ini mendakwa ‘digantung tidak bertali’ oleh suaminya yang merupakan salah seorang calon kerusi DUN sebuah parti politik dalam PRN ini.

 Ezza Suria Muda, 38, berkata, suaminya yang berusia lewat 40-an didakwa bertindak mendiamkan diri selepas perkahwinan mereka di negara jiran diketahui isteri pertama lelaki tersebut pada Oktober tahun lalu. 

Sementara itu, ahli politik itu ketika ditemui pemberita ketika selesai proses penamaan calon enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut. 

“Insya-Allah, kita akan mengambil tindakan,” katanya. – UTUSAN

The post Sokongan pengundi tidak terjejas calon ada masalah rumah tangga appeared first on Utusan Malaysia.

Amanah selesai isu pertikaian calon di DUN Morib

Calon Morib

Calon Morib

KUALA LANGAT: Isu pertikaian pemilihan Timbalan Speaker, Hasnul Baharuddin sebagai calon di DUN N.53 Morib selesai beliau hadir di pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaan calon mewakili Pakatan Harapan (PH).

Isu tersebut diselesaikan Ketua Kawasan Amanah Kuala Langat, Mohd. Shafiee Harun bersama Hasnul yang memaklumkan kedua-dua pihak akhirnya bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan parti.

“Selepas pengumuman barisan calon-calon dari Amanah oleh Presiden (Datuk Seri Mohamad Sabu) saya dan Mohd.Safiee pada dasarnya setuju untuk bersama-sama mempertahankan kerusi DUN Morib.

“Jentera akan digerakkan untuk berkempen turun padang bertemu pengundi dan saya harap semua fokus kepada kemenangan parti,” katanya ketika ditemui selepas penaman calon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bandar Baru Banting, hari ini.

Terdahulu Hasnul berdepan risiko tidak bertanding apabila kepimpinan Amanah di situ enggan menamakan beliau sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini selepas mengatakan penyandang DUN Morib itu sudah pun dua penggal menjadi wakil rakyat.

Menurut Mohd. Safiee, bersama – sama sayap Pemuda, Wanita (Awan) dan Wanita Muda (Warda) kawasan tersebut, menegaskan mereka menolak Hasnul menjadi calon PH untuk DUN tersebut sekali lagi.

Justeru, Amanah dalam satu kenyataan sebelum ini menggesa pucuk pimpinan memilih calon baharu bagi mewakili kerusi Morib.

Pada sesi penamaan calon hari ini Hasnul dicadang oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Yahya Mustafa dan akan dicabar oleh calon Parti Perikatan Nasional (PN), Rosnizan Ahmad. – UTUSAN

The post Amanah selesai isu pertikaian calon di DUN Morib appeared first on Utusan Malaysia.

Penamaan calon Pilihan Raya Umum (DUN) ke-15

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan Dun Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli (tiga dari kiri), Dun Sungai Tua, Datuk Seri Amiruddin Shari (tengah), dan Dun Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (lima dari kiri) pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, di SMK Sungai Pusu, Gombak. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon PN Dun Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Dun Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dan Dun Sungai Tua, Muhammad Hanif Jamaluddin pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, di SMK Sungai Pusu, Gombak. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
PDRM bersiap sedia mengawal di Pusat Penamaan Calon Dun Tendong sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Pengkalan Pasir, dan Meranti di Kolej Vokasional Pasir Mas. UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Penyokong parti yang hadir memberi sokongan kepada calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.19 Ru Rendang pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang. UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Anggota Polis Diraja Malaysia mengawal lalulintas di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri di Dewan Mutiara Bestari, SMK Sungai Pusu, Gombak. UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH), pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, di SMK Sungai Pusu, Gombak. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Sebahagian penyokong yang hadir pada penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 negeri Selangor bagi (DUN) N.10 Bukit Melawati, N.11 Ijok dan N.12 Jeram di Stadium Tertutup Kuala Selangor. UTUSAN/ SADDAM YUSOFF
Calon Parti MUDA, Melanie Ting (tengah) bersama penyokongnya di Pusat Penamaan Calon N.19 Bukit Antarabangsa dan N.20 Lembah Jaya, Dewan Dato‚ Ahmad Razali pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN)Selangor. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Calon PN Dun Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bergambar bersama calon BN Dun Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah. UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.19, Mohd. Kamri Kamaruddin (kiri) dan N.20, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (kanan) atau lebih dikenali sebagai Altimet berbual di Pusat Penamaan Calon N.19 Bukit Antarabangsa dan N.20 Lembah Jaya, Dewan Dato‚ Ahmad Razali pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN)Selangor. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Calon PN, N.12 Jeram, Harrison Hassan bersalaman bersama penyokong pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Stadium Tertutup Kuala Selangor. UTUSAN/SADDAM YUSOFF

The post Penamaan calon Pilihan Raya Umum (DUN) ke-15 appeared first on Utusan Malaysia.

Penjual kena scam, pembeli larikan 30 kilogram durian

PONTIAN: Bukan sahaja pegawai atau kakitangan kerajaan, swasta, peniaga atau pesara, malah peniaga durian juga turut menjadi mangsa tipu atau ‘scam‘. Kejadian ini berlaku Selasa lalu (25 Julai) melibatkan seorang peniaga durian, Poh Sea Yen, 28, kerugian RM300 apabila seorang pembeli melarikan 30 kilogram (kg) durian yang dibeli digerainya. Walaupun sudah lima hari berlaku, namun sehingga kini Sea Yen belum…

 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

The post Penjual kena scam, pembeli larikan 30 kilogram durian appeared first on Utusan Malaysia.

PRN: Gelanggang 56 DUN Selangor dibuka

SHAH ALAM: Pertembungan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bakal mempamerkan saingan dua penjuru yang sengit antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN-PH) menentang Perikatan Nasional (PN) dalam 28 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, gendang perang yang dipalu di kesemua 56 gelanggang DUN di negeri ini memperlihatkan empat penjuru sebagai pertarungan calon paling ramai yang melibatkan kawasan lima kerusi iaitu Kuala Kubu Bharu, Pandan Indah, Seri Setia, Sentosa dan Dengkil.

Di Kuala Kubu Bharu, selain pertembungan antara wakil PN, Henry Teoh Kien Hong dan PH, mereka juga ditentang Ching Boon Lai daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Dr. R. Siva Prakash (Muda).

Di Pandan Indah pula, anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Izham Hashim perlu berdepan Fazil Mohamad Dali daripada PN, Lisa Redzuan (Muda) dan Sivaneswaran Ramasundram (Bebas).

Sementara di Seri Setia, kawasan milik PKR itu memperlihat pertembungan antara Dr. Fahmi Ngah daripada parti itu dengan Mohd. Zubir Embong (PN), Dobby Chew (Muda) dan Harindran Krishnan (Bebas).

Di Sentosa yang menjadi kubu kuat PH (DAP), Gunarajah George perlu berdepan dengan Parameswaran Ganesan (PN), R. Tanusha (Muda) dan Jeichandran Wadivelu (PRM) untuk memastikan kerusi berkenaan kekal milik parti itu.

Di N.55 Dengkil, calon BN, Noorazli Said berdepan dengan Datuk Jamil Salleh (PN), wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), Prof. Darren Ong dan wakil tunggal Parti Utama Rakyat Malaysia (PUR), Mohd. Daud Leong.

AMIRUDIN SHARI

Selain empat penjuru, sebanyak 23 kerusi DUN termasuk kawasan ditandingi Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di N.16 Sungai Tua berdepan saingan tiga penjuru melibatkan calon daripada PN Muhammad Hanif Jamaluddin dan Bebas, Suman Gopal.

Antara nama besar lain yang terlibat dalam pertembungan tersebut adalah di N.23 Dusun Tua yang menyaksikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abd. Aziz mewakili BN berentap dengan Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad (Muda) dan Azhar Hambali (PN).

Di N.36 Bandar Utama, penyandang Jamaliah Jamaluddin (PH) pula perlu berdepan dengan Abe Lim Hooi Sean (Muda) dan Nor ALif Mohd. Tafid (Gerakan).

Sementara Paya Jaras, ahli MMKN, Mohd. Khairuddin Othman (PH) yang menyandang kerusi tersebut akan bersaing dengan Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri (PN) dan Sifu Linda (Bebas) untuk mempertahankannya.

Sementara di N. 39Kota Damansara, calon daripada PH yang sepatutnya bertanding Aidi Amin Yazid digantikan dengan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Selangor Muhammad Izwan Ahmad Kasim yang akan bertembung dengan Mohd. Radzlan Jalaludin (PN) dan Sivarajan (PSM).

Di N.40 Kota Anggerik, bekas Ketua AMK Selangor, Mohd. Najwan Halimi akan bersaing dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar (PN) dan Azad Akbar (Muda) untuk terus mewakili kerusi tersebut.

Di N.41 Batu Tiga, kerusi disandang anggota MMKN, Rodziah Ismail (PH) akan menyaksikan pertembungan antara Danial Al Rashid (PH), Syaidiya Izzati Nur Razak Maideen (Muda) dan bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun (PN).

DUN N.44 Selat Kelang yang merupakan antara kerusi tumpuan di Selangor menjadi gelanggang bagi Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari (PN) dan Datuk Roslee Abd. Hamid serta Datuk Ezam Mohd. Nor (PRM).

Selain itu, Azmizam Zaman Huri yang menyandang kerusi DUN N.46 Pelabuhan Klang, akan bertarung dengan Syed Ahmad Putra (PRM) dan Wan Hasrina Wan Hassan (PN).

Seorang lagi anggota MMKN, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni yang menyandang DUN N.49 Sungai Kandis akan melawan Ketua Bersatu Bahagian Kota Raja, Wan Dzahanurin Ahmad (PN) dan Afriena Shaqira Sariff (Muda).

MOHAMED AZMIN ALI

Sementara itu, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan bekas Menteri Besar negeri ini akan berdepan dengan Setiausaha Politik Amirudin, Juwairiya Zulkifli dalam pertembungan dua penjuru.

Manakala anak muridnya, Muhammad Hilman Idham (PN) akan bersaing dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin juga dalam saingan dua penjuru.

Turut terlibat dalam pertembungan dua penjuru adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN) dan Pemuda UMNO Kuala Langat, Mohd Al-Hafizi Abu Bakar (BN) di DUN N.51 Sijangkang.

Sementara Ketua Pembangkang Datuk Mohd. Rizam Ismail (BN) dan Ketua Pemuda BN Selangor, Datuk Mohd. Imran Tamrin masing-masing bertembung dengan Mohd. Zaidi Selamat dan Muhamad Razali Saari dari PN di N.01 Sungai Air Tawar dan N.03 Sungai Panjang.

Dalam PRN ini juga, sembilan calon Bebas kemuka pencalonan mereka di sembilan kerusi berasingan seperti Ijok, Kuang, Sungai Tua, Pandan Indah, Seri Kembangan, Seri Setia, Paya Jaras, Banting dan Sungai Pelek.

Seramai 145 calon bertanding dalam PRN Selangor yang turut disertai 22 calon wanita di 18 kawasan seperti Permatang (Nurul Syazwani), Taman Templer (Aida Rahman – Muda), Bandar Utama (Jamaliah Jamaluddin – PH) dan Sungai Kandis (Afriena Shaqira Sariff – Muda). – UTUSAN

 

 

The post PRN: Gelanggang 56 DUN Selangor dibuka appeared first on Utusan Malaysia.

PRN: Kos sara hidup, harga barang dan peluang pekerjaan antara manifesto PN 

PETALING JAYA: Masalah kehidupan rakyat seperti isu kos sara hidup, kenaikan harga barang, inflasi dan peluang pekerjaan antara kandungan dalam manifesto gabungan Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN), kali ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika PN dipilih mewujudkan sebuah kerajaan selepas PRN pada 12 Ogos ini, mereka akan mengotakan janji-janji dalam manifesto parti itu.

“Insya-Allah jika terpilih nanti kita mahu mewujudkan sebuah kerajaan negeri yang adil, saksama, efektif dan menunaikan apa yang telah kita janjikan dalam manifesto PN.

“Apa yang paling penting ialah bertindak cepat untuk menangani masalah kehidupan rakyat seperti isu kos sara hidup, kenaikan harga barang, inflasi, peluang pekerjaan serta hal-hal yang berkaitan pemulihan ekonomi negara.

“Semua ini terkandung dalam Manifesto PN yang akan kita lancarkan tidak lama lagi. Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan semua calon yang mewakili PN akan menang dan dapat membentuk kerajaan negeri yang dipimpin oleh PN, insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, misi menawan enam negeri bermula hari ini apabila 245 kerusi menjadi rebutan calon-calon parti politik yang bertanding pada PRN 12 Ogos ini. – UTUSAN

The post PRN: Kos sara hidup, harga barang dan peluang pekerjaan antara manifesto PN  appeared first on Utusan Malaysia.

❌
❌